1.1.4 KATA BILANGAN
Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung atau mengira sesuatu. Dalam bahasa Melayu, kata bilangan ini dapat dikumpulkan kepada enam jenis.
Kata Bilangan
Kata Bilangan Tentu | Kata Bilangan Tak Tentu | Kata Bilangan Pecahan | |||
Kata Bilangan Pisahan | Kata Bilangan Himpunan | Kata Bilangan Tingkat | |||
Kata Bilangan | Fungsi |
Kata Bilangan Tentu | Kata bilangan tentu digunakan untuk membilang sesuatu secara tentu jumlahnya. Contohnya satu, lima, sepuluh, seratus, tiga ratus dua puluh, sejuta dan sebagainya. |
Contoh penggunaan | a) Saya mempunyai dua ekor kucing. b) Ecik Zali mempunyai lima orang anak. c) Angka sepuluh lebih tinggi daripada angka lima. |
Peringatan:-
1. Bagi kata bilangan tentu yang melibatkan objek tiga dimensi, maka penjodoh bilangan perlu ditulis selepas kata bilangan tersebut.
2. Bagi yang tidak melibatkan objek tiga dimensi, maka penjodoh bilangan tidak perlu ditulis setelah kata bilangan tersebut.
Kata Bilangan | Fungsi |
Kata Bilangan Tak Tentu | Kata bilangan tentu digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang tidak pasti jumlahnya. Antara kata bilangan tak tentu seperti segala, seluruh, sekalian, semua, sesuatu, sesetengah, beberapa banyak, dan sebagainya. |
Contoh penggunaan | a) Beberapa orang pelajar terlibat dalam pergaduhan itu. b) Seluruh penduduk kampung itu telah berjaya diselamatkan. c) Semua peserta diwajibkan mendaftar diri masing-masing. d) Para pelajar yang gagal dalam ujian ini dikehendaki hadir pada petang ini. e) Sesetengah ibu bapa tidak mempedulikan pendidikan anak-anak mereka. |
Peringatan:-
a) Penjodoh bilangan mesti digunakan selepas kata bilangan tak tentu beberapa sahaja. Bagi bilangan kata tak tentu lain tidak perlu menggunakan penjodoh bilangan selepasnya.
b) Kata bilangan segala tidak boleh digunakan untuk manusia, contoh segala orang, segala pelajar, segala penduduk.
Kata Bilangan | Fungsi |
Kata Bilangan Pecahan | Kata bilangan pecahan digunakan untuk merujuk sesuatu dalam bentuk pecahan contohnya, separuh, setengah, dua pertiga, tiga perempat, dan sebagainya. |
Contoh penggunaan | a) Separuh daripada penduduk kampung bekerja sebagai petani. b) Dia hanya bekerja setengah hari sahaja pada hari ini. c) Tiga perempat daripada pelajar sekolah ini mendapat markah yang cemerlang. |
Peringatan:-
1. Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan selepas kata bilangan pecahan.
2. Kata bilangan tentu dan kata bilangan pecahan yang digunakan serentak tidak boleh didekatkan sebaliknya perlu dipisahkan.
Contoh:-
Betul | Salah |
lima ringgit setengah | lima setengah ringgit |
dua jam setengah | dua setengah jam |
lapan biji suku | lapan suku biji |
Namun, dalam kes tertentu, kata bilangan tentu dan kata bilangan pecahan dapat hadir secara serentak.
Contohnya:-
Pada jam dua setengah kami tiba di situ. ( bermaksud pukul 2.30 )
Kata Bilangan | Fungsi |
Kata Bilangan Himpunan | Kata bilangan himpunan merupakan kata bilangan yang hadir dalam keadaan berhimpun, contohnya bertahun-tahun, ribuan, berjenis-jenis, kedua-dua, ratusan, berminggu-minggu, jutaan, dan sebagainya. |
Contoh penggunaan | a) Ribuan penonton membanjiri stadium itu. b) Beribu-ribu orang penonton membanjiri stadium itu. c) Kami tinggal di sini sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. d) Berbagai-bagai jenis kuih dijual di warung itu. |
Peringatan:-
1. Bagi kata bilangan himpunan, penjodoh bilangan hanya perlu digunakan bagi kata bilangan himpunan yang ganda jumlahnya. Jika kata bilangan himpunan yang tidak tentu jumlahnya dan bagi perkara yang bukan dalam bentuk tiga dimensi, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.
Contoh:-
Ayat dan penggunaan Kata Bilangan Himpunan | Kedudukan Ayat |
Ribuan orang penonton | Salah |
Ribuan penonton | Betul |
Kedua-dua orang pelajar | Betul |
Kedua-dua pelajar | Salah |
2. Kata bilangan seperti beratus-ratus, kedua-dua, dan berpuluh-puluh tidak boleh ditulis sebagai beratus, kedua, atau berpuluh dalam bahasa yang menepati tatabahasa baku.
Kata Bilangan | Fungsi |
Kata Bilangan Pisahan | Kata bilangan digunakan untuk merujuk sesuatu bilangan secara terpisah atau berasingan antara satu sama lain. Terdapat dua kata bilangan terpisah iaitu:- a) setiap b) masing-masing |
Contoh penggunaan | a) Setiap pelajar dikehendaki menyerahkan buku pada hari ini juga. b) Selepas aktiviti tersebut, para pelajar dikehendaki duduk di tempat masing-masing. |
Peringatan:-
Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan selepas kata bilangan pisahan baik bagi objek tiga dimensi mahupun bukan objek tiga dimensi.
Contoh kesalahan:-
a) Setiap orang pelajar dikehendaki menyerahkan buku pada hari ini jga.
b) Setiap buah kereta perlu diperiksa dengan teliti.
Kata Bilangan | Fungsi |
Kata Bilangan Tingkat | Kata bilangan digunakan untuk merujuk sesuatu dari segi susunan, giliran, atau urutannya, contoh pertama, kedua, kelima, kesepuluh dan sebagainya |
Contoh penggunaan | a) Ravi mendapat tempat pertama dalam ujian itu. b) Saya tinggal ditingkat kesepuluh, pangsapuri itu. |
Peringatan:
Penjodoh bilangan tidak boleh digunakan setelah kata bilangan tingkat. Kata bilangan yang ditulis dalam bentuk angka dan dirangkaikan dengan awalan ke- atau akhiran –an perlulah digunakan tanda sempang.
Contohnya: abad ke-20, tahun 1990-an,, ulang tahun ke-63
Beberapa Kesalahan Umum dalam Kata Bilangan
Pertama:-
Kata Bilangan | Penggunaan |
Kata Bilangan Tak Tentu | Terdapat beberapa kesalahan kata bilangan yang sering dilakukan seperti penggunaan kata bilangan tak tentu para, berbagai-bagai, dan setengah-setengah |
Contoh penggunaan | a) Kata bilangan tak tentu para perlulah dibezakan dengan kata ganda para-para yang membawa maksud rak yang digunakan untuk menyimpan barang-barang. b) Kata bilangan tak tentu berbagai-bagai ( pelbagai/perbagai) perlu dibezakan dengan penggunaan kata berbagai yang membawa maksud tidak terhingga atau amat. c) Kata bilangan tak tentu setengah-setengah ( sesetengah ) perlu dibezakan dengan kata bilangan pecahan setengah yang membawa maksud separuh atau satu perdua. |
Kedua:
Kata Bilangan | Penggunaan |
Kata Bilangan Tingkat, Tentu, dan Himpunan | Kata bilangan tingkat, kata bilangan tentu dan, kata bilangan himpunan perlu dibezakan antara satu sama lain. |
Contoh penggunaan | Pak Ali mempunyai dua orang anak. ( Membawa maksud mempunyai / kata bilangan tentu ) Kedua-dua orang anaknya mendapat tempat kedua dalam ujian itu. ( Kedua-dua membawa maksud dua orang anaknya/ kata bilangan himpunan) dan kedua penggunaan kata bilangan tingkat iaitu membawa urutan, susunan, giliran dalam keputusan pertandingan) |
Ketiga:-
Kata Bilangan | Penggunaan |
Kata Penanda Jamak | Kata bilangan yang digunakan untuk menunjukkan makna jamak, maka kata nama tersebut tidak boleh diulang yang membawa maksud jamak juga. |
Contoh kesalahan | a) dua orang pelajar-pelajar. b) setiap pelajar-pelajar. c) beberapa buah buku-buku. |
Penggunaan yang betul | a) dua orang pelajar. b) setiap pelajar. c) beberapa buah buku. |
LATIHAN KATA BILANGAN
A. Pilih kata bilangan yang sesuai dari kurungan untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 | Bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi ( pelbagai , berbagai) langkah telah dilakukan oleh kerajaan agar ekonomi negara ini pulih seperti sedia kala. Kamus tribahasa yang baru diterbitkan itu sesuai digunakan oleh ( segenap, segala ) lapisan masyarakat. ( Semua, Beberapa) hartanya musnah akibat banjir yang melanda kampung itu semalam. Para pekerja syarikat itu hanya bekerja ( setengah, sesetengah ) hari pada hari ini. ( Kedua, Kedua-dua ) orang pelajar itu terpilih sebagai wakil bagi sekolah ini kepertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan di Melaka. Kemalangan ngeri itu berlaku kira-kira ( ketiga, tiga ) kilometer dari sini. ( Para , Para-para ) pelajar diseru agar belajar dengan bersungguh-sungguh demi menjamin masa depan mereka. Haziq memperoleh tempat ( pertama, satu ) dalam pertandingan bercerita di sekolahnya. ( Beberapa, berapa ) orang pegawai polis sedang meronda di kawasan perumahan itu. ( Setiap, Tiap ) hari dia akan menelefon ibu bapanya untuk mengetahui perkembangan mereka di kampung. |
B. Dalam ayat-ayat berikut mungkian terdapat kesalahan dalam penggunaan kata bilangannya.Jika ada kesalahan, betulkan kesalahan-kesalahan tersebut.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 | Berpuluh buah kereta rosak akibat banjir yang melanda bandar itu. ………………………………………………………………………………………………………………. Dia masih menunggu kepulangan suaminya yang hilang di laut berbulan yang lalu. ………………………………………………………………………………………………………………. Bagi setengah orang yang berpelajaran tinggi, mereka tidak suka bekerja sebagai petani. ………………………………………………………………………………………………………………. Masa yang diperuntuk bagi soalan itu hanyalah dua setengah jam sahaja. ……………………………………………………………………………………………………………….. Perbagai perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat tahunan tersebut. ……………………………………………………………………………………………………………….. Tiap hari dia akan bersarapan bersama dengan keluarganya sebelum ke sekolah. ………………………………………………………………………………………………………………. Dia amat sayang akan kedua orang anak lelakinya. ……………………………………………………………………………………………………………… Berbulan lamanya dia menunggu kepulangan anaknya daripada perantauan namun hingga kini anaknya masih belum pulang. ……………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………… Terdapat setengah pelajar yang gemar bergentayangan di pusat beli-belah. ……………………………………………………………………………………………………………… Para-para guru diseru agar meningkatkan pengetahuan mereka ke arah melahirkan masyarakat yang berpendidikan tinggi. ……………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………… |
LATIHAN PENGUKUHAN
A Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau C, jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
1 2 3 4 5 6 7 8 | Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. Kedua orang anaknya mendapat tempat kedua dalam kedua-dua pertandingan itu. Tiada A B C D kesalahan. Ribuan orang penonton dijangka membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil untuk mendengar amanat A B Perdana Menteri pada pertama perhimpunan itu. Tiada kesalahan. C D Pelbagai jenis kereta dari pelbagai negera luar dipamerkan dalam pameran kereta selama dua A B C minggu di PWTC. Tiada kesalahan. D Dia mengambil masa dua jam setengah untuk menulis surat kepada beberapa kawannya di luar A B negara. Tiada kesalahan. C D Setiap orang pelajar dikehendaki menyiapkan dua buah esei dalam masa tiga jam setengah. Tiada A B C kesalahan. D Para peserta dikehendaki menjelaskan yuran sebanyak pertama ringgit pada minggu kedua A B C persekolahan. Tiada kesalahan. D Sepertiga daripada hutangnya telah dijelaskan kepada setiap pihak yang memberi hutang A B C kepadanya. Tiada kesalahan. D Pelbagai projek pembangunan yang dilaksanakan mendapat sokongan daripada hampir A seluruh orang penduduk di daerah yang kedua termaju di negeri itu. Tiada kesalahan. B C D |
9 10 | Beberapa pelajar yang didapati mengalami keracunan makanan dibenarkan pulang ke rumah A masing-masing selepas menerima rawatan selama setengah hari. Tiada kesalahan. B C D Walaupun sudah sekian lama di rantau orang, akhirnya kelima-lima orang pemuda itu balik A B pangkuan keluarga masing-masing. Tiada kesalahan. C D |
B. Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, dan C jika ayat itu mengandugi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
1 3 5 | A B C D A B C D A B C D | Sejak tadi saya sudah menunggunya selama suku jam di bawah pokok. selama jam suku lama suku jam selamanya suku jam selama suku jam Ratusan orang penonton sedang berarak di jalan raya untuk menyambut ulang tahun keputeraan sultan mereka. Beratus-ratus penonton Ratusan penonton Beratus-ratusan penonton Ratusan orang penonton Pada jam satu setengah kami pun sampai di tempat perkhemahan itu. satu jam setengah jam setengah setengah satu setengah jam jam satu setengah | 2 4 6 8 | A B C D A B C D A B C D | Para peniaga haruslah bersabar ketika melayan setiap pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke kedai mereka. tiap pelanggan setiap para pelanggan setiap pelanggan setiap pelanggan-pelanggan Berapa orang pegawai sedang menyiasat penyelewengan yang berlaku di syaraikat itu. Beberapa pegawai Beberapa orang pegawai Berapa orang pegawai-pegawai Berapa orang pegawai Seluruh orang penduduk-penduduk kampung dipindahkan akibat banjir. Seluruh orang penduduk Seluruh penduduk-penduduk Seluruh penduduk Seluruh orang penduduk-penduduk Tiap-tiap orang pelajar-pelajar mesti menghormati akan guru dan sekolah mereka. Setiap orang pelajar Tiap-tiap pelajar Tiap-tiap orang pelajar Tiap-tiap orang pelajar-pelajar | |||
7. 9 | A B C D A B C D | Sudah berpuluh tahun kampung ini dibuka oleh penghulu itu. Berpuluh tahun sudah Sudah berpuluh-puluh tahun Sudah berpuluhan tahun Sudah berpuluh tahun Kedua orang budak itu dipilih sebagai pelajar terbaik di sekolah ini. Kedua budak itu Kedua-dua orang budak itu Kedua-dua orang budak-budak itu Kedua orang budak itu | 10 | A B C D | Semua rakyat diseru agar mengamalkan budaya berjimat cermat. Semua orang rakyat diseru Semua rakyat-rakyat diseru Rakyat diseru Semua rakyat diseru | |||
C. Pilih ayat-ayat yang betul
1 3 5 | I II III IV A B C D I II III IV A B C D I II III IV | Pelbagai projek pembangunan akan dilaksanakan oleh kerajaan kita. Bahasa Melayu sudah digunakan secara meluas sejak berabad yang lalu. Harga baju itu hanyalah tiga ringgit setengah. Sesetengah daripada gajinya dilaburkan dalam skim amanah saham. I dan II sahaja I dan III sahaja I, III, dan IV sahaja II, III, dan IV sahaja Mereka yang melanggar peraturan sekolah akan dikenakan tindakan tegas. Kedua-dua pelajar itu tidak mematuhi peraturan sekolah. Segala hasil pertanian penduduk kampung dipasarkan oleh FAMA. Setiap orang pelajar dikehendaki mematuhi peraturan sekolah. I dan III sahaja I dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja Polis telah menangkap segala penduduk di kawasan itu. Pak sangat sayang akan kedua-dua cucunya. Kejadian banjir semalam telah menenggelamkan seluruh kampung itu. Beberapa orang calon telah gagal dalam ujian itu. | 2 4 | I II III IV A B C D I II III IV A B C D | Masa yang diperuntukan bagi menjawab soalan itu ialah tengah jam. Kelima orang anaknya sudah bekerja di Kuala Lumpur. Semua kanak-kanak cacat itu diraikan di sebuah hotel terkemuka. Kebanyakan peserta pertandingan itu masih muda remaja. III sahaja IV sahaja I dan II sahaja III dan IV sahaja Walaupun sudah bertahun-tahun diperantauan, namun dia masih fasih berbahasa Melayu. Berapa orang pelajar dikejarkan ke hospital kerana disyaki keracunan manakan. Mak Timah menggunakan dua biji setengah kelapa untuk memasak gulai itu. Kerajaan membelanjakan ratusan juta ringgit untuk memajukan pendidikan di negara ini. I dan III sahaja II dan IV sahaja I, III dan IV sahaja I, II, III dan IV I dan II sahaja III dan IV sahaja I, II, dan IV sahaja II, III, dan IV sahaja JUMLAH JAWAPAN DIJAWAB BETUL 45 |