PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA
SINOPSIS
Si Miskin dan isterinya meminta derma di negeri Anta Beranta. Mereka pergi ke istana Maharaja Indera Dewa tetapi dihalau oleh Betara Angkasa Indera Dewa. Pengikut baginda telah melempar Si Miskin dan isteri dengan kayu dan batu yang menyebabkan badan pasangan suami isteri itu bengkak dan cedera. Selepas kejadian itu, mereka melarikan diri ke dalam hutan. Pasangan suami menerima nasib yang sama dilempar oleh penduduk kampung dengan kayu dan batu apabila telah pergi ke kawasan kampung.
Si Miskin dan isterinya menyelongkar sampah untuk mencari makanan di tempat pembuangan sampah. Mereka menemukan sebiji ketupat dan buku tebu di tempat itu. Mereka makan ketupat dan tebu itu kerana terialu lapar. Sebenarnya, Si Miskin ialah seroang raja kayangan yang disumpah Betara Guru atas kesalahan membawa isterinya ke bumi tanpa memberitahunya. Isteri Si Miskin pun hamil dan mengidam buah mempelam dan nangka yang terdapat di taman Maharaja Indera Dewa. Si Miskin dengan rendah dirii berjumpa Maharaja Indera Dewa untuk meminta mempelam dan nangka walaupun berasa bimbang mendapat layanan yang teruk.
Maharaja Indera Dewa berasa kasihan kepada Si Miskin.Baginda telah memberikannya buah mempelam dan nangka. Tambahan pula, nasib Si Miskin semakin bertuah kerana dia juga memperoleh pelbagai barang daripada peniaga di pasar. Setelah beberapa bulan, isterinya pun bersalin seorang putera yang diberikan gelaran Marakarma. Semasa Si Miskin menggali tanah untuk membina pondok, dia terjumpa tempayan yang banyak mengandungi emas. Dia menjual emas yang ditemuinya itu kepada saudagar. Nasib Si Miskin berubah menjadi orang kaya.Si Miskin yang memangku anaknya itu berseru agar kawasan hutam rimba itu dijadikan sebuah negeri yang dilengkapi istana, pembesar, hulubalang, dan rakyat. Si Miskin menjadi raja dengan gelaran Maharaja Indera Angkasa manakala isterinya pula digelar Tuan Puteri Ratna Dewi.
Maharaja Indera Angkasa seorang raja yang adil dan pemurah. Tidak lama kemudian, isterinya, Tuan Puteri Ratna Dewi hamil dan melahirkan seorang puteri yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Kelahiran puteri disambut penuh dengan adat istiadat selama empat puluh hari empat puluh malam.
TEMA
Kesabaran dan kecekalan pasangan suami isteri menempuh pelbagai dugaan dan kesusahan dalam meneruskan kehidupan.
PERSOALAN,LATAR MASYARAKAT, NILAI PENGAJARAN
PERSOALAN
|
LATAR MASYARAKAT
|
NILAI PENGAJARAN
|
PENGAJARAN
|
CONTOH
|
Ketabahan dalam menempuhi dugaan hidup
|
Masyarakat yang tabah dalam menempuhi dugaan hidup
|
Ketabahan
|
Kita hendaklah tabah dalam menempuhi dugaan hidup
|
Si Miskin dan isterinya sabar apabila mereka dihina, diusir, diketawakan, dan dilemparkan dengan batu serta kayu oleh pembesar istana serta penduduk kampung semasa mereka hendak meminta makanan
|
Kasih sayang seorang suami terhadap isterinya
|
Masyarakat yang penyayang
|
Kasih sayang
|
Setiap ahli keluarga mestilah memupuk amalan kasih sayang
|
Si Miskin amat sayang akan isterinya dan sanggup memenuhi segala permintaan isterinya.
|
Kemuliaan hati seorang raja
|
Masyarakat istana
|
Baik hati
|
Kita hendaklah membantu orang yang dalam keadaan susah
|
Maharaja InderaDewa sangat baik hati dan telah memperkenankan permintaan Si Miskin yang inginkan mempelam dan nangka.
|
Tanggungjawab suami terhadap ahli keluarga.
|
Masyarakat yang bertanggungjawab
|
bertanggungjawab
|
Seorang suami hendaklah menjaga kebajikan ahli keluarga dengan menyediakan keperluan hidup kepada isteri dan anak-anak.
|
Si Miskin bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal untuk isterinya.
|
Sikap tidak berperikemanusiaan
|
Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan
|
Prihatin
|
Kita hendaklah prihatin dan membantu golongan yang susah
|
Orang di pasar telah membaling dan memukul Si Miskin dengan kayu kerana dia berpakaian compang-camping.
|
LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT
Latar Masa
|
Contoh
|
1. Tiga bulan
|
Selepas makan buku tebu dan ketupat, Isteri Si Miskin mengandung.
|
2. Petang
|
Si Miskin berada di tempat pembuangan sampah
|
3. Empat puluh hari empat puluh malam
|
Majlis meraikan kelahiran Tuan Puteri Nila Kesuma
|
4. Malam
|
Si Miskin dan isterinya tidur di hutan setelah dihalau penduduk kampung.
|
Latar Tempat
| |
1. Negeri Anta Beranta
|
Si Miskin meminta sedekah dan mencari rezeki.
|
2. Hutan
|
Si Miskin dan isterinya tidur di hutan setelah dihalau penduduk kampung.
|
3. Di Pasar
|
Tempat Si Miskin dan Isterinya dihina dan dilempar kayu
|
4. Tempat pembuangan sampah
|
Si Miskin menemukan ketupat dan buku tebu.
|
GAYA BAHASA
1. Diksi
· Bahasa Istana
|
· Baginda,titah,patik
|
· Bahasa klasik
|
· Hatta
|
· Bahasa Arab
|
· Allah subhanahu taala
|
2. Sinkope
|
· Kehendakmu?
· Jangan anakku bercerai
|
3. Kata ganda
|
· Berdarah-darah dan bengkak-bengkak
|
4. Simile
|
· Laparnya dan dahaga seperti akan matilah rasanya.
· Suaminya melihatkan laku bininyaseperti orang hendak mati rupanya.
|
5. Repetisi
|
· “ Jikalau ada belas kasihan tuanhamba akan orang daif lagi miskin telah terbuang itu, hamba hendak akan buah yang seburuk-buruknya….
|
6. Anafora
|
Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-buahan
|
7. Responsi
|
Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-buahan
|
8. Hiperbola
|
Hancurlah segala anggotaku
|
Sumber : http://cikgusimile.blogspot.my/2017/01/antologi-bintang-hati-tingkatan-3-prosa.html