Soalan 1 ( Rumusan)
Pengenalan:-
Petikan teks membincangkan kebaikan/keistimewaan/manfaat/kelebihan/ bahasa kebangsaan di Malaysia
( 2 markah )
Isi Tersurat:- ( Kepentingan bahasa kebangsaan)
1. menjadi simbol jati diri nasional yang sama untuk seluruh rakyat sesebuah negara.
2. membentuk identiti nasional yang sama dalam kalangan rakyat.
3. menjadi bahasa pentadbiran kerajaan Melayu sebelum dijajah.
4. sebagai alat perpaduan.
5. sebagai alat membangkitkan semangat kebangsaan rakyat.
6. memupuk semangat kekitaan dalam jiwa rakyat.
7. digunakan sebagai bahasa pengantar tunggal dalam sistem pendidikan nasional.
8. sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat negara.
9. sebagai alat komunikasi yang mampu menzahirkan hubungan rakyat.
Isi tersirat:- ( masalah-masalah yang dihadapi)
1. Sikap masyarakat yang mengutamakan bahasa asing / Inggeris.
2. Tiada penguatkuasaan pihak berkuasa.
3. Majikan atau pihak swasta lebih mengutamakan pekerja yang menguasai bahasa Inggeris dalam
pengambilan pekerja.
4. Ibu bapa tidak menggunakan bahasa Melayu standard.
5. Pelajar mengganggap bahasa kebangsaan mudah/ tidak berusaha untuk menguasai bahasa kebangsaan.
Kesimpulannya, masyarakat dan pihak bertanggung jawab perlu mengambil berat peranan bahasa kebangsaan agar bahasa kebangsaan benar-benar berfungsi sebagai bahasa utama negara.
( 2 markah)
Jawapan soalan 2 a ( Pemahaman Umum)
a) Rangkai kata padu dan abadi bermaksud mantap/mapan/kukuh dan kekal/ berterusan.
b) Antara faktor pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah dengan mengambil kira:-
i) bahasa kumpulan etnik yang paling besar.
ii) kemampuannya sebagai bahasa lingua franca
iii) bahasa Melayu menjadi bahasa pentadbiran kerajaan Melayu sebelum negara merdeka.
c) Pada pendapat saya, pihak media mampu menggalakkan rakyat menggunakan bahasa kebangsaan dengan:-
i) menjadi contoh dengan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam penyiaran.
ii) menerbitkan rencana yang memaparkan kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu/ memaparkan sejarah bahasa Melayu sebagai lingua franca semasa Kerajaan Melayu Melaka.
iii) menerbitkan rancangan berbentuk peraduan berkaitan dengan bahasa Melayu.
iv) mewawancara pakar bahasa tentang kepentingan bahasa Melayu.
Jawapan soalan 2 b:
i) Profesor Peter datang berjumpa dengan Mak Jah kerana :-
a) mengambil Cempaka setelah beranggapan Cempaka ialah adiknya.
b) menyatakan bahawa Mak Jah mengambil Cempaka semasa zaman Jepun setelah ibu bapanya di bunuh
tentera Jepun.
ii) Sekiranya saya Zaman, saya akan:-
i) Profesor Peter datang berjumpa dengan Mak Jah kerana :-
a) mengambil Cempaka setelah beranggapan Cempaka ialah adiknya.
b) menyatakan bahawa Mak Jah mengambil Cempaka semasa zaman Jepun setelah ibu bapanya di bunuh
tentera Jepun.
ii) Sekiranya saya Zaman, saya akan:-
a) menghantar Cempaka ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah ditembak Peter.
b) membalut luka bahagian kecederaan Cempaka untuk mengelakkan pendarahan berterusan yang boleh menyebabkan kematian.
iii) Satu nilai yang terdapat dalam dalam petikan di atas ialah nilai patriotik apabila Zaman mempertikaikan kenyataan Peter bahawa dia adalah rakyat negara ini sedangkan kehadiran Peter pada pandangan Zaman hanya memecah belahkan rakyat. Satu nilai lagi dalam teks ialah nilai kasih sayang, ini terbukti apabila Zaman tidak mahu Peter menyentuh adiknya Cempaka kerana dia taku kehilangan adiknya tersayang.
Sementara satu nilai untuk keseluruhan teks ialah nilai prihatin Peter apabila dia mengadu tentang sikap kepala Zaman kepada ibunya agar Zaman berubah. Selain itu sikap berbaik sangka apabila Mak Jah membenarkan Peter masuk ke rumahnya.
Jawapan soalan 2 c:-
i) Rangkai kata setelah sudah santap bermaksud apabila telah makan
ii) Sekiranya saya Inderaputera, saya akan
Jawapan soalan 2 d:-
i) Rangkap pantun kedua tersebut bermaksud bukan salah ibu mengandung tetapi oleh sebab takdir Allah
menyebabkan pengarang menjadi begini.
i) Rangkap pantun kedua tersebut bermaksud bukan salah ibu mengandung tetapi oleh sebab takdir Allah
menyebabkan pengarang menjadi begini.
ii) Pada pendapat saya perasaan kecewa tidak perlu disembunyikan kerana:-
a) perasaan berkenaan menyebabkan kita akan tertekan dan boleh memberi kesan kepada kesihatan.
b) setiap masalah boleh diatasi dengan cara berusaha dan jika kita tidak mengubah nasib kita masalah berkenaan akan berterusan.
c) kita boleh berbincang dengan keluarga, rakan-rakan atau guru kaunseling kerana dengan cara begini masalah kita boleh diatasi.
iii) Jika saya menjadi Inderaputera antara cara saya untuk membalas jasa tuan puteri yang telah
memberi:-
a) bantuan apabila tuan puteri memerlukan bantuan apabila berlaku masalah.
b) hadiah yang disukai oleh tuan puteri seperti pakaian atau rantai emas bertakhta permata.
memberi:-
a) bantuan apabila tuan puteri memerlukan bantuan apabila berlaku masalah.
b) hadiah yang disukai oleh tuan puteri seperti pakaian atau rantai emas bertakhta permata.
Jawapan Soalan .( Maksud istilah - ayat tidak disertakan kerana cara membina ayat adalah berbeza-beza)
a) cepumas - jumlah nilai hadiah gemala hikmat adalah dengan:-
b) kecepatan - gerakan, kadar kecepatan
c) jejantas - jambatan (di atas jalan raya) utk pejalan kaki melintas jalan.
d) jenama - jenis barang yg memakai nama khas yg dikeluarkan oleh pengeluar (pembuat, pengilang)
tertentu.
e) pawagam -akronim bagi panggung wayang gambar.
f) purata - nilai yg diperoleh dgn membahagikan jumlah sebilangan kuantiti dgn bilangan kuantiti tersebut, hitung panjang
b) Pelajar perlu memahami kaedah menggabungkan ayat majmuk. Antaranya:
i) memahami subjek dan prediket berdasarkan ayat yang diberi.
ii) mengesan subjek yang terdapat di dalam ayat.
iii) bina tiga ayat menggunakan subjek dan prediket yang terdapat dalam ayat.
iv) bijaksana memilih kata hubung kerana ayat majmuk perlu kata hubung untuk melengkapkan ayat.
PERINGATAN SKEMA JAWAPAN DI ATAS HANYA SEBAGAI JAWAPAN CADANGAN SAHAJA. HARAP MAKLUM
Analisis Ayat:-
Bil | Subjek | prediket dan pemilihan kata hubung. |
1. | Kemarau (Tunggal/Satu) | ialah bencana alam yang berpunca daripada cuaca panas dan kurangnya hujan. ( tema – punca/ sebab)- kumpulkan prediket |
2. | Kemarau (Tunggal/Satu) | menyebabkan tanah kering- kontang , tumbuhan banyak yang mati , kegiatan manusia terhalang serta air terpaksa dicatu. (tema- kesan/implikasi/natijah) - kumpulkan prediket |
3. | Jabatan Bekalan Air (Tunggal/Satu) | terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh masyarakat (tema-langkah-langkah mengatasi) )- kumpulkan prediket |
Soalan 3c
Kesalahan | ejaan | kesalahan | imbuhan |
pefileman | perfileman | wira wati | wirawati |
ibubapa | ibu bapa | mempengaruhi | dipengaruhi |
akedemik | akademik | dibawa-bawa | terbawa-bawa |
Soalan 3d
Bil | Kesalahan | istilah | kesalahan | tatabahasa |
1 | berkuantiti | berkualiti | koleksi lagu-lagu | koleksi lagu |
2 | khusus | kursus | telah guru tetapkan | telahditetapkan oleh guru |
3 | tinggal | bersemayam | terpaling indah | paling indah |
Soalan 3e
1 | Pasangan sepadan | Bagai pinang dibelah dua/ bagai cincin dengan permata. |
2 | Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya | tepuk tangan sebelah tidak akan berbunyi |
3 | Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal | Belut pulang ke lumpur/ ikan pulang ke lubuk/ setinggi terbang bangau akhirnya hinggap di belakang kerbau |
Perwatakan watak utama:-
Watak Utama
Azfa Hanani
· Gadis cantik dan berwajah lembut serta penyayang.
· Remaja berusia 17 belas tahun yang kematian kedua-dua orang tuanya.
· Dibesarkan oleh Pak Long Madi dan Mak Long Diah dalam serba kekurangan.
· Lemah dalam subjek bahasa Inggeris.
· Baik hati dan sanggup berkorban.
· Tabah mengharungi dugaan hidup.
· Mengenang budi/bertanggungjawab.
· Berjaya menerima anugerah Pengerusi Terbaik Forum Remaja peringkat daerah.
· Sanggup menyamar sebagai Tengku Murni supaya Datin Maziah pulih daripada masalah tekanan perasaan.
Watak Utama
Amira
· Pelajar sekolah swasta.
· Anak Profesor Zaidah.
· Ayahnya bekerja sebagai jurutera IT.
· Seorang yang berani. Contohnya Amira berani mengikut Itai untuk mendaki Gunung Gua Gajah walaupun berbahaya.
· Seorang yang penyayang. Contohnya Amira amat menyayangi Jacinta dan dia menangis apabila Jacinta tidak sedarkan diri kerana sesat di hutan.
· Seorang yang mudah mesra. Contohnya Amira cepat menyesuaikan diri bersama pelajar-pelajar ibunya.
· Seorang yang penyabar. Contohnya Amira sabar dalam usaha menjalankan kerja lapangan yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.
Persoalan:-
Novel Azfa Hanani
i. Persoalan ketaatan kepada agama, Azfa Hanani sering berdoa dan membaca al – Quran kepada arwah ibu bapanya .
ii. Persoalan ketabahan seorang gadis remaja menghadapi kehidupan yang penuh ranjau. Azfa Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang berada.Dia juga tabah menghadapi liku – liku hidup di rumah banglo milik keluarga baharunya.
iii. Persoalan keberanian menghadapi risiko. Azfa Hanani, seorang gadis yang baru berumur 17 tahun tetap berani mengambil risiko menyamar sebagai Tengku Murni untuk membantu sepupunya.
iv. Persoalan kegigihan menimba ilmu pengetahuan. Sikap ini ditonjolkan Azfa Hanani, walaupun berasal daripada keluarga miskin dia gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya.
v. Persoalan sikap mementingkan darjat atau pangkat. Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka memandang hina terhadap Azfa Hanani. Rakan-rakan Azfa Hanani juga memandang rendah kepadanya kerana dia berasal dari kampung dan hidup miskin.
vi. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, Datin Maziah terlalu menyayangi Tengku Murni / Azfa Hanani.
Novel Kembara Amira:-
1. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Persoalan ini digambarkan melalui sikap Profesor Zaidah yang sanggup meninggalkan kerjanya demi mencari Amira di Gunung Gua Gajah.
2. Persoalan perkahwinan kedua menimbulkan konflik jiwa dalam diri anak-anak. Perkara ini dipaparkan melalui konflik jiwa yang dialami oleh Jacinta kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya yang dikahwini oleh bapanya setelah kematian ibu kandungnya. Konflik ini telah menyebabkan Jacinta selalu mengelak daripada berjumpa dengan keluarganya.
3. Persoalan kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar. Hal ini dapat dibuktikan melalui kerakusan manusia yang melakukan pembalakan haram dan penerokaan khazanah hutan untuk mencari emas.
4. Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar. Persoalan ini digambarkan melalui sikap dingin Tau terhadap kehadiran orang luar ke kawasan Bukit Mat Raya kerana risau kawasan tersebut akan musnah.
5. Persoalan konflik keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang terjadi dalam keluarga Tau setelah isterinya iaitu Ipah melarikan diri bersama Johnny. Ipah telah meninggalkan anaknya yang baru dilahirkan dan membawa Sabi bersamanya menyebabkan terjadinya perpecahan keluarga.
6. Persoalan ilmu perubatan tradisional. Hal ini digambarkan melalui watak Ludin yang menggunakan cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan Prof. Zaidah yang mengalami keretakan tulang tangannya.
7. Persoalan integrasi kaum. Contohnya, dipaparkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina.
PERINGATAN SKEMA JAWAPAN DI ATAS HANYA SEBAGAI JAWAPAN CADANGAN SAHAJA. HARAP MAKLUM