SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA KERANA ANDA MAMPU MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BANGSA

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI YANG DIWUJUDKAN KHAS UNTUK ANAK DIDIK SMKASAS YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR TERAKHIR 2013. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGGAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PMR, INSYAALAH.

Sabtu, 10 Mac 2012

Kata Tugas ( Kata Bantu dan Kata Arah)


1.4.4   KATA ARAH

PERKARA
KETERANGAN
Kata Arah
Kata arah merupakan perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya hadir sesudah kata sendi nama. Kata arah berfungsi untuk menunjukkan arah. Antara beberapa contoh kata arah ialah:

antara
hujung
sekeliling
sisi
atas
kanan
tengah
sudut
bawah
kiri
tepi
samping
belakang
luar
timur
barat
dalam
sebalik
utara
selatan
hadapan
sebelah
pangkal
dasar

Peringatan:-
Peringatan:
Terdapat beberapa patah kata arah, iaitu antara dan dalam yang turut berfungsi sebagai kata sendi. Sebagai kata sendi, kedua-dua kata ini hadir di hadapan kata nama atau frasa nama dan mempunyai pengertian yang berbeza daripada kata arah, iaitu yang bermaksud tempat yang mempunyai jarak atau ruang. Oleh itu, elakkan daripada membuat kesalahan dalam penggunaannya.
Contoh:
·       Terdapat sebuah buku rujukan di dalam beg itu.                                       (kata arah)
·       Dalam kejadian itu, seorang penumpang terbunuh.                                   (kata sendi)
·       Saya menyimpan barang itu di dalam kotak.                                            (kata arah)
·       Jika mahu berjaya dalam pelajaran, kita haruslah berusaha
 dengan bersungguh-sungguh.                                                               (kata sendi)
·       Jarak di antara sekolah saya ke pejabat pos ialah tiga kilometer.             (kata arah)
·       Mereka selalu berbincang antara satu sama lain.                                      (kata sendi)
·       Di atas meja itu terdapat sebuah buku.                                                     (kata arah)
·       Kejayaan saya tempoh hari adalah atas dorongan daripada ibu
     bapa, guru-guru, dan rakan-rakan.                                                              (kata sendi)












1.4.5  KATA BANTU

PERKARA
KETERANGAN
Kata Bantu
Kata bantu ialah kata yang bertugas untuk membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama yang bermaksud sebagai kata kerja untuk menimbulkan makna-makna tambahan dari segi masa atau ragam. Terdapat dues jenis kata bantu, iaitu:-

                    i)    Kata bantu aspek                                           ii)  Kata bantu ragam

Kata Bantu Aspek
Kata bantu aspek merupakan kata bantu yang menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa sesuatu kata kerja dilakukan sama ada belum berlaku, sedang berlaku atau sudah berlaku. Antara kata bantu ialah:-

sudah dilakukan
sudah, telah, pernah
sedang dilakukan
sedang, masih
akan dilakukan
belum, akan
 Contoh:-
1   Bas yang ditunggu itu relah tiba.
2   Saya pernah ke pulau itu tahun talu.
3   Saya sudah menyiapkan kerja yang diberikan oleh cikgu itu.
4   Kami sedang merancang langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut‑
5   Peristiwa ngeri itu masih segar dalam ingatan saya‑
6   Kami belum bercadang untuk mclawat tempat itu.
    7   Kami akan ke sana jika diberi peluang.
Terdapat juga keadaan yang membolehkan kata bantu aspek tertentu yang hadir bersama­-sama dalam sesuatu ayat. Antara contoh kata bantu aspek tersebut ialah:

belum  pernah
sudah  pernah
masih  belum
telah  pernah
masih  sedang

Contoh penggunaan kata bantu aspek berpasangan:
1   Kami belum pernah didenda seperti ini.
2   Saya sudah pernah menghadiri majlis sedemikian.
3   Perbincangan itu masih belum mencapai sebarang keputusan.
4   Kerajaan masih sedang mencari jalan untuk membebaskan pars tebusan itu.
   5   Kami telah pernah berunding dengan beliau bagi mengatasi masalah itu.
                               
Kata Bantu Ragam
Kata bantu ragam ialah kata yang menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan seperti:-

hendak
mahu
harus
mesti
boleh
dapat

Contoh penggunaan kata bantu ragam dalam ayat ialah:
1   Emak dan ayah hendak ke pejabat.
2   Adik bongsu saya mahu bersekolah di sekolah ini nanti.
3   Jika kamu tekun, kamu pasti dapat menyelesaikan masalah tersebut.
4   Jika tidak hujan, mereka mesti akan datang.
5   Kamu boleh duduk jika menyiapkan semua kerja tersebut.
   6   Kita harus mencuba sebelum menyerah kalah.

Kata Bantu Ragam
Peringatan:
Kata bantu ragam boleh dan dapat  perlulah digunakan dengan berhati-hati kerana kedua­duanya mempunyai maksud yang berbeza.

Boleh digunakan untuk maksud yang berkaitan dengan keizinan.
Dapat digunakan untuk maksud yang berkaitan dengan keupayaan atau kemampuan.

Contoh:
1   Mereka yang berumur di bawah 18 tahun tidak boleh menyertainya.
      2  Kamu boleh masuk selepas mendapat kebenaran secara bertulis daripada Pengetua.
3   Walaupun soalan itu susah, namun saya dapat menjawabnya.
     4   Kotak itu tidak dapat diangkat olehnya.


LATIHAN PENGUKUHAN

Pilih kata bantu yang sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah ini.
1   Negara kita (pemah, sedang) menuju ke status negara maju menjelang 2020.
2   Adik saya (masih, sedang) kecil dan (masih, belum) bersekolah.
3   Barang-barang yang dijual di situ (telah, masih) habis.
4   Ayah berharap agar kamu (akan, telah) lulus dalam ujian itu nanti.
5   Malaysia (pemah, akan) dijajah oleh beberapa kuasa asing.
6   Lampu di dalam dewan itu (telah, masih) dipadam olehnya.
7   Ibunya (akan, telah) berlepas ke luar negara pada hujung minggu ini.
8   Walaupun sudah tua, penglihatan datuk (masih, telah) baik.
9   Kami (masih, pemah) menolongnya menyelesaikan masalah keluarganya dahulu.
 10   Walaupun (akan, belum) bersekolah, adik sudah pandai membaca buku cerita.
 11   Kebanyakan pelajar tidak (dapat, boleh) menjawab soalan itu kerana terlalu sukar.
 12   Pelajar yang sudah menghantar buku latihan ( dapat, boleh ) duduk sekarang.
 13  Kamu (mesti, boleh) makan ubat ini jika mendapat kebenaran daripada doktor.
 14  Kita (harus, dapat) menolong orang lain yang berada dalam kesusahan.
 15 Jika saya mempunyai wang sudah tentu says juga (dapat, boleh) membeli peralatan itu.

B.   Tulis ayat-ayat di bawah ini semula dengan menggunakan kata bantu yang diberikan di tempat yang betul.

1   Dia belajar untuk hidup bermasyarakat. (mahu)
2   Semua pelajar menyerahkan laporan kemajuan pads minggu hadapan. (mesti)
3   Bayi itu walaupun sudah berusia dua tahun namun dia dapat berjalan. (masih belum)
4   Nenek tidak makan bush jambe bate itu kerana tiada gigi. (dapat)
5   Kamu membantu orang itu bagi meringankan masalahnya. (harus)
6   Ayah saya menjadi Pengetua di sekolah itu. (pernah)
7   Orang yang merokok pasti menerima kesan buruk daripada perbuatannya. (akan)
8   Encik Ghani menonton filem bersama dengan keluarganya. (sedang)
9   Kebanyakan pelajar membeli buku itu dari kedai koperasi sekolah. (telah)
10 Zalina tidak pergi ke sekolah kerana ketinggalan bas sekolah. (dapat)                                                          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan