SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA KERANA ANDA MAMPU MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BANGSA

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI YANG DIWUJUDKAN KHAS UNTUK ANAK DIDIK SMKASAS YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR TERAKHIR 2013. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGGAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PMR, INSYAALAH.

Sabtu, 10 Mac 2012

Kata Kerja


1.1      KATA KERJA
Kata kerja merupakan golongan kata dalam bahasa Melayu yang digunakan khusus menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja dapat dibahagikan kepada tiga:-

KATA KERJA
 



1.     Kata Kerja Tak Transitif
2.     Kata Kerja Transitif
3.     Kata Kerja Pasif


1.2.1        Kata Kerja Tak Transitif ( KKTT)

Kata kerja tak transitif merupakan kata kerja yang terdiri daripada bentuk yang berikut:-
Pembetukan
Kata Kerja Tak Transif (KKTT)
 

Kata Kerja Asal
(Kata Akar)

Kata Kerja Berawalan BeR-
Kata Kerja Berawalan MeN-
Kata Kerja Berawalan TeR-
Kata Kerja Berapitan Ber……an

Kata Kerja Berapitan Ber………..kan








Kata kerja Tak Transitif boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan objek kecuali kata kerja berawalan ber……..kan yang memerlukan pelengkap. ( Rujuk perbincangan kata kerja Tak Transitif berawalan ber……..kan )

Kata Kerja Tak Transitif
Keterangan
Kata Kerja Asal
( Kata Akar )
Merupakan kata kerja bebas dan tidak berimbuhan.
Kata bantu boleh disertakan seperti perkataan belum, sudah, akan dan sebagainya.
Contoh Kata kerja
makan, minum, tidur, jatuh, keluar, masuk, datang, lahir, duduk, dan sebagainya.
Contoh ayat
Ali sudah tidur.
Kerja Ahmad belum siap lagi.

Kata Kerja Tak Transitif
Keterangan
Kata Kerja yang Berawalan BeR-
Boleh diwujudkan oleh awalan be-, ber-, dan bel-.

Contoh Kata kerja
bersalam, berasak, beranak, berdiri, berbelanja, berdayung, bersenam dan sebagainya.
Contoh ayat
Ali sudah tidur.
Kerja Ahmad belum siap lagi.






Kata Kerja Tak Transitif
Keterangan
Kata Kerja yang Berawalan MeN-
Boleh diwujudkan oleh awalan me-, men-, mem-, meng-, meny-, menge-, dan sebagainya.

Contoh Kata kerja
menyanyi, membaca, mendarat, menyampuk, menangis,  dan sebagainya.
Contoh ayat
Wafiah menyanyi. ( Boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap)
Wafiah menyanyi di dapur. ( Boleh menerima pelengkap atau keterangan )
Samad menangis. ( Boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap)
Samad menangis dengan tersesak-esak. ( Boleh menerima pelengkap  atau keterangan)

Kata Kerja Tak Transitif
Keterangan
Kata Kerja yang Berawalan TeR-
Boleh diwujudkan oleh awalan ter-, ter-).
Kata kerja berawalan ter- kata kerja ini perlu dibezakan dengan kata kerja transitif dan kata kerja pasif berawalan teR ( Huraian selanjutnya akan dibincangkan dalam perbincangan imbuhan berawalan ter)

Contoh Kata kerja
termenung, terserempak, terjebak, terhidang, dan sebagainya yang tidak diikuti dengan objek.
Contoh ayat
Emak sedang termenung. ( Tanpa pelengkap atau keterangan)
Emak sedang termenung di tepi tingkap. ( Dengan pelengkap atau keterangan )

Kata Kerja Tak Transitif
Keterangan
Kata Kerja yang Berapitan
Ber…..an
Diwujukan oleh imbuhan berapitan ber…….an.
Contoh Kata kerja
berpanjangan, berjauhan, berlarian, bergentayangan, berkeliaran, dan sebagainya
Contoh ayat
Ahmad bekerja bermati-matian untuk menampung keperluan keluarganya.
Semoga rezeki ini akan melimpah ruah secara berpanjangan.

Kata Kerja Tak Transitif
Keterangan
Kata Kerja yang Berapitan
Ber…..kan
Diwujukan oleh imbuhan berapitan ber…….kan.
Kata kerja tak transitif ini memerlukan pelengkap berbanding dengan kata kerja tak transitif yang lain.
Contoh Kata kerja
berpandukan, berdasarkan, beratapkan, berselimutkan, dan sebagainya.
Contoh ayat
Pengawas sekolah menjalankan tugasan mereka berdasarkan peraturan sekolah.
Pengakap Remaja tersebut merentas hutan tebal dengan berpandukan peta yang di bawa supaya tidak sesat.
Peringatan:-
Kesimpulannya kata kerja tak transitif :-
a)     tidak memerlukan objek untuk berdiri sendiri kecuali kata kerja tak transitif berapitan ber…..kan yang memerlukan pelengkap untuk menjadi ayat yang lengkap atau gramatis.
b)    namun, kata kerja tak transitif yang lain boleh dikembangkan dengan menggunakan kata sendi supaya prediketnya berkembang.




Di bawah disenaraikan contoh penggunaan kata kerja tak transitif yang betul dan salah.
Kata kerja tak transitif berimbuhan apitan ber……kan.
Bil
Betul
Salah
1
Pemuda tersebut tidur berbantalkan tangan.
Pemuda itu tidur berbantalkan pada tangannya.
2
Pasukan penyelamat tersebut berjaya menjumpai pelajar yang tersesat berdasarkan peta dan kompas yang dibawa bersama.
Pasukan penyelamat tersebut berjaya menjumpai pelajar yang tersesat berdasarkan dengan peta dan kompas yang dibawa bersama.

Contoh kata kerja tak transitif yang menerima pelengkap atau ditambah frasa keterangan untuk mengembangkan prediketnya dengan menyelitkan kata sendi.

Bil
Ayat menggunakan KKTT yang  tidak menerima pelengkap.
Ayat menggunakan KKTT yang   menerima pelengkap dan berlaku perkembangan prediket.
1
Emak sedang tidur.
Emak sedang tidur di dalam bilik.
2
Ayah suka bersenam.
Ayah suka bersenam pada waktu petang.
3
Golongan remaja suka bergentayangan.
Golongan remaja suka bergentayangan. di kompleks membeli belah pada hunjung minggu.
4
Penyanyi itu menari.
Penyanyi itu menari dengan pasangannya.
5
Gadis itu terpinga-pinga.
Gadis itu terpinga-pinga apabila direnung oleh pemuda yang tidak dikenalinya.


1.2.2   KATA KERJA TRANSITIF (KKT)
Kata kerja transitif merupakan kata kerja yang memerlukan objek  atau penyambut selepasnya untuk menjadi ayat yang lengkap atau gramatis.
Objek yang hadir selepas kata kerja transitif mestilah terdiri daripada frasa nama.
Kata bantu seperti belum, sudah, pernah dan sebagainya boleh hadir  bersama kata kerja transitif.
Kata kerja transitif diwujukan dengan menerima imbuhan:-
MeN-  +  Kata Dasar  +  ( i  / kan )  + objek

Pada dasarnya pembentukan kata kerja transitif dengan imbuhan MeN- seperti di bawah:

KATA KERJA TRANSITIF (KKT)
 

Berawalan MeN-
Berawalan memper-
Berapitan  MeN-….-kan



Berapitan
MeN-……..-i

Berapitan memper….-kan

Berapitan
memper…….-i
Berawalan teR-










Kata Kerja Transitif
Keterangan
Kata Kerja yang Berawalan MeN-
Boleh diwujudkan oleh awalan me-, men-,mem-, meny-, menge-

Contoh Kata kerja
melawat, mencuci, membaca, mengarang, menyanyi, mengetin,  dan sebagainya.
Contoh ayat
Shamsiah sedang mencuci pinggan.
Pelajar SMKA Sultan Azlan Shah melawat Muzium Negara di Kuala Lumpur.

Kata Kerja Transitif
Keterangan
Kata Kerja yang Berapitan
MeN-…..kan
Boleh diwujudkan oleh awalan MeN-………-kan.
Contoh Kata kerja
menyatakan, menggariskan, menyinsingkan, menyingkirkan
Contoh ayat
Murid itu sedang menggariskan garisan di bukunya dengan menggunakan pembaris.
Pekerja itu menyinsingkan lengan bajunya apabila cuba mengambil kuncinya yang terjatuh ke dalam parit.

Kata Kerja Transitif
Keterangan
Kata Kerja yang Berapitan
MeN-…..-i
Boleh diwujudkan oleh awalan MeN-………-i
Contoh Kata kerja
memasuki,  membasahi, membaiki, membelakangi, membohongi,  membanjiri dan sebagainya.
Contoh ayat
Polis cuba memasuki rumah lelaki tersebut apabila menerima maklumat rumah tersebut merupakan sarang pengedaran dadah daripada orang ramai
Peluh membasahi tubuh Amran setelah seharian bekerja di lading.

Kata Kerja Transitif
Keterangan
Kata Kerja yang Berapitan
Memper-...……
Boleh diwujudkan oleh awalan Memper-…………….
Contoh Kata kerja
memperalat, memperoleh, memperdaya, mempertahan, memperkacang, memperkemas, dan sebagainya
Contoh ayat
Komunis memperalat pemuda-pemuda itu.
Peniaga itu memperdaya pelanggannya dengan janji-janji manis.
Dia memperkacang harta orang tuanya hingga habis.

Kata Kerja Transitif
Keterangan
Kata Kerja yang Berapitan
Memper…-kan
Boleh diwujudkan oleh awalan Memper-……-kan
Contoh Kata kerja
mempersembahkan, memperdagangkan, memperdengarkan, memperisterikan, mempersuamikan, memperhambakan dan sebagainya
Contoh ayat
Wanita itu memperhambakan dirinya kepada sultan.
Pak Tua memperisterikan Ali dengan gadis dari seberang.

Kata Kerja Transitif
Keterangan
Kata Kerja yang Berapitan
Memper-……-i
Boleh diwujudkan oleh awalan Memper-………-i
Contoh Kata kerja
memperisteri, mempersuami, memperoleh, dan sebagainya.
Contoh ayat
Halim memperisteri Samsiah setelah mereka berkenalan selama dua tahun.

Kata Kerja Transitif
Keterangan
Kata Kerja yang Berapitan
teR-........
Boleh diwujudkan oleh awalan teR-............
Kata kerja transitif awalan teR- diikuti dengan objek bermaksud melakukan sesuatu secara tidak sengaja.
Contoh Kata kerja
terpijak, tersepak, terdengar, terpandang, dan sebagainya.
Contoh ayat
terpijak batu, tersepak tunggul, terpandang wajahnya, terdengar cerita

Pengecualian:
(a)        Kata kerja transitif yang hadir dalam ayat majmuk pancangan komplemen iaitu kata komplemen hadir selepas kata kerja transitif.
Contoh:
 

i.    Dia menjelaskan bahawa ...                             Rujuk perbincangan kata hubung pancangan
ii.   Beliau menasihatkan agar / supaya ...              komplimen

(b)        Kata kerja transitif diikuti dengan kata kerja transitif dan diikuti dengan objek.
Contoh:
i. Dia mencuba menyelesaikan masalah itu dengan tenang.
      ( kkt )    +     ( kkt )    +     ( objek )

·         Dia cuba menyelesaikan masalah itu dengan tenang. ( salah )

ii. Dia membantu meringankan masalah yang saya hadapi. ( kkt ) + ( kkt  ) + ( objek )
·       Dia bantu meringankan masalah yang saya hadapi. (salah)
iii. Dia menolong menyiapkan kerja saya itu.
·       Dia tolong menyiapkan kerja saya itu. (salah)

Selain pengecualian tersebut, kata-kata lain selain objek yang terdiri daripada frasa nama tidak boleh hadir selepas kata kerja transitif. Hanya objek yang terdiri daripada frasa nama sahaja yang boleh hadir selepas kata kerja transitif.

Salah
Betul
Dia menceritakan tentang masalahnya.
Saya  mempunyai banyak kawan
Ayah mendalamkan lagi perigi itu.

Dia menceritakan masalahnva. Saya banyak mempunyai  kawan.
 Ayah mendalamkan perigi itu lagi.
                   atau
     Ayah mernperdalam perigi itu.


1.2.3       Kata Kerja Pasif (KKP)
Kata kerja pasif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat pasif yang pada asalnya terdiri daripada kata kerja transitif yang hadir dalam ayat aktif transitif. Kata kerja pasif terbahagi kepada 7 jenis:-



Kata Kerja Pasif
 


KKP Diri Pertama

KKP Diri Kedua
KKP Diri Ketiga
KKP Berawalan beR


KKP berapitan
ke-........-an

KKP Pasif Neutral yang di dahului perkataan kena





KKP Berawalan teR-











Kata kerja pasif diri pertama dan kedua mempunyai bentuk frasa yang sama iaitu kata kerja berkenaan tidak mempunyai awalan tetapi jika mempunyai imbuhan akhiran, imbuhan berkenaan haruslah dikekalkan dan kebiasaannya didahului dengan kata bantu aspek.
Kata Kerja Pasif
Keterangan
Kata Kerja Pasif yang mempunyai unsur kata diri pertama dan kedua
Mempunyai bentuk dan susunan kata yang sama frasanya.
Tidak boleh menggunakan kata sendi di-........... dan serta diikuti kata sendi nama oleh dan imbuhan meN.......
Kebiasaannya didahului dengan kata bantu aspek seperti belum, sudah, akan dan sebagainya.
Pelajar perlu berhati-hati untuk mengesan bentuk susunan kata dalam ayat.
Contoh Kata kerja
a)   tahu, lihat,  tulis,  bawa, tendang, garis, dan sebagainya ( kata akar- tidak menerima imbuhan di awalan dan akhiran)
b)  tunaikan, serahkan, tuliskan, bawakan, dan sebagainya ( jika ada awalan akhiran, awalan tersebut tidak perlu digugurkan)
Contoh  ganti nama diri yang terlibat
a)   Kata ganti diri pertama- saya, aku, beta, patik, daku, hamba, kami, dan kita.
b)  Kata ganti diri kedua- awak, anda, kalian, tuanku, tuan hamba, dan dikau.
Contoh ayat
Kereta itu sudah saya basuh pagi tadi.
Buku itu kauambil dari mana?
.
Kata Kerja Pasif
Keterangan
Kata Kerja Pasif Diri Ketiga
Berbeza dengan susunan kata dalam frasa ayat pasif  yang mengandungi kata ganti diri pertama dan kedua.
Kata kerja transitif meN- akan ditukar menjadi awalan di-..... dan jika ada imbuhan akhiran dikekalkan.
Lazimnya kata sendi oleh digunakan selepas kata kerja pasif berkenaan.
Contoh Kata kerja
dimasak, dipikul, dibajak, ditolak, dibantu, dan sebagainya.
Contoh  ganti nama diri yang terlibat
Kata ganti nama diri ketiga- dia, baginda, beliau, mereka
Contoh ayat
Kereta itu telah dibasuh oleh mereka.
Buku itu telah diambil olehnya.
         atau
Buku itu telah diambil olehnya.
                     




                                                                                                   
Kata Kerja Pasif
Keterangan
Kata Kerja Pasif Berawalan beR-
Kebiasaannya kata kerja pasif berawalan beR-.... akan hadir bersama-sama kata bantu aspek sudah, telah, belum, dan sebagainya.
Contoh Kata kerja
berasah, berjahit, beralas, berbalas dan sebagainya.
sudah berasah bermaksud sudah diasah,
belum berjahit bermaksud belum berjahit.
sudah beralas bermaksud sudah dialas.
telah berbalas bermaksud telah dibalas.
Contoh ayat
Meja itu sudah beralas.
Baju itu belum berjahit.

Kata Kerja Pasif
Keterangan
Kata Kerja Pasif Berawalan teR-
Kata kerja pasif berawalan teR- mesti diikuti dengan kata sendi nama selepas  kata kerja pasif tersebut tanpa mengira kata ganti diri yang digunakan sama ada kata kerja diri pertama, kedua, atau ketiga.
Contoh Kata kerja
terangkat olehku,  tertendang oleh Ahmad, terdaki olehnya, terpijak oleh mereka, dan sebagainya.
Contoh ayat
Meja itu terangkat olehku.
Baju itu tidak terbeli oleh saya.
Perompak itu tertembak oleh polis..


Kata Kerja Pasif
Keterangan
Kata Kerja Pasif Berapitan ke-...........-an.
Kata kerja pasif ini sama seperti kata nama terbitan tetapi membawa maksud kata kerja
Contoh Kata kerja
kemalangan bermaksud kena nasib malang
kehujanan bermaksud kena hujan
kedinginan bermaksud dalam keadaan rasa dingin
kecurian bermaksud kena curi
Contoh ayat
Ahmad kehujanan sepanjang perjalanan ke sekolah.

Kata Kerja Pasif
Keterangan
Kata Kerja Pasif
dengan Kata Bantu Pasif kena
Kata kerja pasif ini boleh dikesan dengan penggunaan kata bantu pasif kena yang bermaksud dilakukan.
Contoh Kata kerja
kena pukul bermaksud dipukul (oleh)
kena tangkap bermaksud  ditangkap (oleh)
kena used bermaksud diusik (oleh)
Contoh ayat
Lelaki itu kena tangkap polis.
                   atau
Lelaki itu ditangkap oleh polis.
                  
Adik perempuan Ali kena usik pemuda kampung
atau.
Adik perempuan Ali diusik oleh pemuda kampung.









SOALAN LATIHAN PENGUKUHAN
A Gariskan kata keja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah dan nayatakan sama ada kata kerja tersebut  kata kerja transitif, akata kerja tak transitif, atau kata kerja pasif


1.      Ayah dan ibu berbual-bual di ruang tamu rumah.
1      Kuih itu  telah saya hidangkan di  atas meja.
2     Buaya itu telah terlepas dari kurungannya.
3     Ibu akan membeli belah di pasar raya pada petang ini.
4     Motosikal itu akan digunakan ayah untuk ke dusun.
5     Para guru hendaklah menggalakkan para pelajar supaya
belajar dengan tekun.
6     Mereka sedang membincangkan masalah sosial dalam kalangan pelajar.
7     Semua pelajar yang keracunan makanan telah dikejarkan ke hospital.
8     Hubungan yang baik antara jiran perlulah diamalkan dalam kehidupan kita.
9     Semasa sambutan ulang tahunnya, dia didatangi rakan-rakannya.
10   Zami menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa dalam kebakaran.
11   Tempat penginapan para peserta akan kami uruskan dengan baik.
12   Adik masih tidak mengerti akan masalah kegawatan ekonomi.
13   Motosikal itu tidak dapat dibaiki kerana tiada alat gantinya di pasaran.
14   Baju yang akan dipakainya itu sudah bergosok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan