SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA KERANA ANDA MAMPU MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BANGSA

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI YANG DIWUJUDKAN KHAS UNTUK ANAK DIDIK SMKASAS YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR TERAKHIR 2013. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGGAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PMR, INSYAALAH.

Sabtu, 10 Mac 2012

BAB 8 : PERIBAHASA

BAB 8    PERIBAHASA

PERKARA
KETERANGAN
8.  Peribahasa
Peribahasa ialah susunan perkataan yang rapt, teratur serta mempunyai pengertian yang tertentu. Peribahasa merangkumi beberapa jenis iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, dan kata-kata hikmat.
8.1
Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa ialah susunan dua perkataan dalam Bahasa Melayu yang amat tersusun dan bermakna. Simpulan bahasa mempunyai pengertian yang berlainan dengan pembentukan perkataan atau frasa itu sendiri. Makna simpulan bahasa itu berkaitan dengan sikap dan kelakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan benda, haiwan, dan tumbuh­tumbuhan.
SIMPULAN BAHASA
1 Ada hati:
    Maksud Ada keinginan untuk melakukan sesuatu
Ayat           Kamal  ada hati hendak meminang gadis itu.
2 Air muka:
Maksud Rupa atau keadaan muka
Ayat           Air mukanya berubah apabila mendapat berita yang menyedihkan itu.
3 Ambit alih:
Maksud Mengambil tugas daripada orang lain
Ayat           “Tugas itu terpaksa saya ambil alih kerana bebiau sedang sakit,” kata Sani.
4 Ambit berat:
Maksud Mengambil perhatian
Ayat           Enci.k Junid ambil berat akan kebajikan pekerja-pekerjanya.
5 Ambil angin:
Maksud Keluar atau bersiar-siar
Ayat           Mereka berjalan sambil ambil angin di tepi pantai itu.
6 Ambil hati:
Maksud Menyenangkan hati seseorang
          Ayat       Farah pandai ambil hati ibu mertuanya.
7 Anak buah:
Maksud Orang yang berada di bawah pengawalan seseorang
Ayat           Semua anak buah Encik Jailani sentiasa menghormati beliau.
8 Anak kapal:
Maksud Orang yang bekerja di atas kapal
Ayat           Semua anak kapal terselamat dalam nahas kapal karam itu.
9 Angkat dahi:
Maksud Orang yang suka memuji diri sendiri
         Ayat        Rohit suka angkat diri di depan rakan- rakannya sendiri.
10 Angkat kaki:
Maksud Berundur ke tempat lain
Ayat           Budak perempuan itu  angkat kaki apabila dimarahi oleh ibunya.
11 Atas angin:
Maksud Negara-riegara Eropah
Ayat           Ong Beng Tiong akan berkunjung ke negara atas angin untuk bercuti.
12 Kata kesat:
Maksud Bahasa kasar
          Ayat       Usah mengeluarkan kata kesat terhadap rakan-rakan sendiri.
13 Bahasa pasar:
Maksud Bahasa yang digunakan sehari-hari
Ayat           Jangan menggunakan bahasa pasar semasa menulis karangan Bahasa Melayu.
14 Banyak mulut:
Maksud Orang yang banyak bercakap
Ayat           Rahimah mempunyai ramai kawan kerana dia seorang yang banyak mulut.
15 Barang kemas:
Maksud Barang perhiasan diri bagi orang perempuan
Ayat           Puan Aminah menyimpan barang kemasnya di dalam peti best.
16  Batu api:
          Maksud : Orang yang suka menghasut
          Ayat              Arfan yang menjadi batu api sehingga mencetus pergaduhan antara Leong dengan Ravi.
17  Batu loncatan:
Maksud Orang yang menjadi alat untuk mencapai sesuatu tujuan
Ayat           Kamarul menjadi batu loncatan kepada Zarul untuk menjawat jawatan itu.
18 Bendera putih:
Maksud Mengaku kalah
Ayat           Dia telah mengangkat bendera putib dalam perlawanan itu.
19 Berat mulut:
Maksud Orang yang tidak suka bercakap
Ayat           Budak yang berat mulut itu tidak mempunyai ramai kawan.
20 Berat sebelah: Maksud : Tidak adil
Ayat : Penonton berasa marah kerana keputusan pengadil perlawanan yang berat sebelah.
21 Beri jalan:
Maksud Memberi nasihat. atau pandangan
Ayat           lbu beri jalan kepada abang untuk menyelesaikan masalahnya.
22 Bermuka-muka:
Maksud Berpura-pura baik atau tidak tabu
Ayat           Budak itu pandai bermuka-muka dengan emaknya apabila hendak minta wang.
23 Bertali arus:
Maksud . Tidak putus-putus
Ayat        : Kenderaan bertali arus di sepanjang jalan itu.
24 Bertikam lidah:
Maksud Berbalah tentang sesuatu hal
Ayat           Mereka bertikam lidah kerana tidak berpuas hati di antara satu same lain.
25 Besar hati:
Maksud Rasa bangga atau gembira
Ayat           Lokman besar hati menerima jemputan ke majlis pertunangan itu.
26 Buah fikiran: Maksud Pendapat
Ayat           Buah fikirannya memang bernas sekali." kata Jusoh.
27 Buah mulut:
Maksud Bahan perbualan atau percakapan seseorang
Ayat           Kejayaan pelajar itu telah menjadi buah mulut semua guru.
28 Buah tangan:
Maksud Hadiah atau sesuatu benda yang dibawa semasa melawat
Ayat           Faizah membawa buah tangan ketika melawat neneknya yang sakit di hospital.
29 Buka mata:
Maksud Kesedaran tentang hakikat sebenar
Ayat           Orang ramai mule buka mata apabila Osman menjadi orang kaya di sini.
30 Bulat hati:
Maksud Keputusan yang sudah tetap
Ayat           Para hakim bulat had dengan keputusan pertandingan perbahasan itu.
31 Bunga dedap
Maksud Perempuan cantik tetapi mempunyai perangai buruk
Ayat           Leila tidak disukai oleh kawan-kawannya kerana die bunga dedap.
32 Buta huruf:
     Maksud Orang yang tidak pandai menulis dan membaca
     Ayat           Linda mendapat cahaya mata perempuan semalam.
33 Muka tembok:
Maksud Orang tidak tahu malu
Ayat         Sikap orang yang seperti muka tembok memang akan mendapat perhatian orang ramai.
34 Naik angin:
Maksud Marah secara tiba-tiba
Ayat.         Kamal naik angin apabila die diejek oleh kawan-kawannya.
35 Nyawa-nyawa ikan:
Maksud Sudan hampir hendak mati
Ayat          Lelaki itu hanya tinggal nyawa ikan setelah dibelasah oleh Osman.
36 Orang rumah:
Maksud Isteri
Ayat          "Orang rumah saya tidak makan gaji," kata Zarul.
37 Pilih kasih:
Maksud Berat sebelah dalam membuat sesuatu perkara
Ayat          Encik Rosli  tidak pernah bersikap pilih kasih terhadap anak-anaknya.
38 Putih mata:
Maksud Kecewa kerana sesuatu yang sangat dikehendaki tidak dapat dimiliki
Ayat          Fazli putih mata kerana tewas dengan satu mata sahaja dalam perlawanan itu.
39 Quran buruk:
Maksud Kesukaran menjaga orang yang sudah tua
Ayat          Menjaga orang tua memang sukar seperti menyimpan Quran buruk.
40 Salah langkah:
Maksud Melakukan kesilapan
Ayat          Jika awak salah langkah nanti akan menyesal sepanjang hayaL
41 Tangan terbuka:
Maksud Menyambut sesuatu dengan senang hati
Ayat         "Saya menerima kehadiran tuan-tuan lan puan-puan dengan tangan terbuka," kata Ramli.
42 Tin kosong:
Maksud Orang yang tahu bercakap tetapi tidak ada apa-apa yang boleh diikuti
Ayat         Pemuda itu bersikap seperti tin kosong kerana isi percakapannya tidak bererti bagi orang yang mendengarnya.
43 Orang harapan:
        Maksud Orang yang dijangka boleh membawa kegembiraan den kesenangan
        Ayat         Adri  menjadi orang harapan kepada ayah dan ibunya.




PERKARA
KETERANGAN
7.2
Perumpamaan

Perumpamaan mengandungi kata-kata seperti bagai, laksana, umpama, dan ibarat. Susunan kata­kata ini disusun rapi dengan membawa maksud yang tertentu. Maksud itu menggambarkan later belakang kehidupan manusia yang digambarkan dengan kelakuan, binatang, benda, clan tumbuh­tumbuhan.
PERUMPAMAAN
1  Bagai aur dengan tebing
Maksud Saling membantu antara satu lama lain
Ayat         Penduduk kampung itu selalu tolong-menolong membuat kerja yang berat bagai aur dengan tebing.
2  Bagai isi dengan kuku
Maksud Persahabatan yang sangat erat
      Ayat           Azli dan Suhaimi sering bersama ke mana sahaja kerana mereka bagai isi dengan kuku.

3 lbarat kacang lupakan kulit
Maksud Orang yang lupa asal usul setelah mendapat kesenangan
Ayat           Fendi ibarat kacang lupakan kulit setelah berjaya dalam hidup.
4 Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Maksud Sifat anak yang menyerupai ibunya
Ayat          Hasnah suka meniru cara emaknya berpakaian dan bersolek kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.



5 lbarat melepaskan batuk di tangga
Maksud Melakukan pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh
Ayat             Dia  gagal menjaringkan gol melalui sepakan penalti itu kerana melakukannya ibarat melepaskan batuk di tangga.
6 Seperti kumbang putus tali
Maksud Bergerak sangat cepat dan pantas
Ayat          Pencuri itu berlari seperti kumbang putus tali apabila dikejar oleh penduduk kampung.
7 Bagai menatang minyak yang penuh
Maksud Memelihara  anak dengan penuh kasih sayang
Ayat          Puan Nun mengasuh anak tunggalnya itu bagai menatang minyak yang penuh kerana dia sangat sayang akan anaknya itu.
8 Bagai si kudung mendapat cincin
Maksud Orang yang mendapat keuntungan tetapi tidak pandai menggunakannya
Ayat          Pak Mansor sangat boros apabila mendapat wang yang banyak bagai si kudung mendapat cincin.
9 Seperti tikus membaiki labu
Maksud Cuba membuat sesuatu yang is tidak tabu melakukannya
Ayat           Hasni cuba membaiki jebak burung itu tetapi seperti tikus membaiki labu.
10 Seperti murai tercabut ekor
Maksud Orang yang banyak bercakap
Ayat          Wanita itu memang suka bercakap dengan sesiapa jua seperti murai tercabut ekor.
11 Laksana burung dalam sangkar
Maksud Kehidupan yang tidak bebas
Ayat          Remaja sekarang suka keluar rumah tanpa pengetahuan ibu bapa kerana tidak mahu berkurung di rumah laksana burung dalam sangkar.
12 Laksana katak diharungi  ular
Maksud Lari atau menjerit untuk melepaskan diri kerana terlalu takut
Ayat          Pelajar yang ponteng kelas itu lari laksana katak diharungi ular kerana dia terlalu takut kepada guru disiplin.
13 Laksana pokok yang tidak berbuah
Maksud Orang yang berilmu tetapi tidak disebarkan kepada orang lain
Ayat          Beliau seorangyang berilmu tetapi tidak mahu mengajarkannya kepada orang lain laksana pokok yang tidak berbuah.
14 Seperti anjing dengan kucing
Maksud Orang yang selalu bergaduh
Ayat           Mereka akan bertengkar apabila bersua muka seperti anjing dengan kucing.
15 Seperti bumi dengan langit
Maksud Perbezaan yang sangat ketara
Ayat          Kebolehan Diana dan Junainah dalam permainan cater seperti bumi dengan langit.
16 Seperti anak ayam kehilangan ibu
     Maksud : Kehilangan tempat bergantung
Ayat        Maria hidup seperti anak ayam kehilangan ibu kerana ayah kesayangannya telah meninggal dunia semalam.
17 Seperti duduk dalam duri
Maksud Orang yang resah gelisah
Ayat        Aidil terlalu resah seperti duduk dalam duri kerana semua orang sudah tabu bahawa dia memang bersalah dalam hal itu.
IS Seperti gagak pulang ke benua
Maksud Seseorang yang lama merantau tetapi tiada perubahan pada dirinya
Ayat        Encik Kasman baru pulang ke kampungnya setelah sekian lama merantau di negeri orang seperti gagak pulang benua.
19 Seperti lipas kudung
Maksud Berlari dengan pantas
Ayat         Atlet yang berlari seperti lipas kudung itu memenangi perlumbaan tersebut.
20 Seperti katak di bawah tempurung
Maksud Orang yang tidak ada pengetahuan dan pengalaman
Ayat          Awak mesti rajin belajar agar tidak menjadi seperti  katak di bawah tempurung.
21 Seperti kerbau dicucuk hidung
Maksud Orang bodoh yang mengikut perintah sahaja
Ayat        Pembantu rumah itu mengikut sahaja perintah tuannya seperti kerbau dicucuk hidung.
22 Seperti rusa masuk kampung
Maksud Orang yang kehairanan melihat sesuatu
Ayat          Saya seperti rusa masuk kampung kerana barn due hari tinggal di cirri.
23 Seperti mencurahkan air ke daun keladi
Maksud Perbuatan yang tidak bertaedah
Ayat        "Saya menyesal menolong orang itu kerana sikapnya yang tidak mengenang budi seperti mencurahkan air ke daun Wadi," kata Roslan.
24 Seperti telinga lintah
Maksud Pendengaran yang masih tajam
Ayat          Dia seperti telinga lintah. Semua pereakapan orang didengarnya.
25 Seperti ular kena palu
Maksud Keadaan yang tidak lurus
        Ayat         Kemalangan sering berlaku di selekoh itu kerana jalan raya di situ seperti ular kena
                     palu.

PERKARA
KETERANGAN
8.3
Pepatah

Pepatah ialah penyusunan kata-kata yang banyak memberi maksud pengajaran dan hikmah.
PEPATAH
1 Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas
    Maksud Perbuatan yang jahat. akhirnya akan mendapat balasan jugs
    Ayat   Zaidi membiarkan Rosman mengatanya kerana dia cedar bahawa ada ubi ada batas, ada hari
              boleh balas.
2 Banyak udang banyak garam. banyak orang banyak ragam
   Maksud Semakin banyak orang, berbagai-bagai pule perangai dan kerenahnya
   Ayat   Sukar bagi Encik Razali memenuhi kehendak anak-anak buahnya kerana banyak udang banyak garam,
   banyak orang banyak regain.
3 Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian
   Maksud : Sanggup bersusah payah dahulu untuk mendapatkan kebahagiaan dan kesenangan pada masa akan   
   datang
Ayat Hairuni mengecapi kejayaan itu setelah benisaha dengan bersungguh-sungguh, kata orang berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.
4 Berani kerana benar, takut kerana salah
Maksud Orang yang tidak bersalah tidak takut menghadapi kenyataan tetapi orang yang bersalah adalah sebaliknya
Ayat          Vita perlu yakin kebenaran di pihak kita jika kita benar kerana kata orang, berani kerana benar, takut kerana salah.
5 Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud Susah dan senang harus ditanggung bersama
Ayat          Anak-anak Mak Som sentiasa tolong-menolong agar yang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
6 Biar putih tulang, jangan putih mata
Maksud Lebih baik mati daripada menemui kegagalan
Ayat.         Berjuanglah hingga titisan darah yang-terakhir kerana biar putih tulang, jangan putih mata.
7 Buang yang keruh dan ambil yang jernih
Maksud Melupakan sikap yang buruk dan berubah kepada sikap yang lebih baik
Ayat          Kite harus melupakan segala kesalahan yang lama Berta sariggup buang yang keruh dan ambil yang jernih.
8 Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
Maksud Setiap keinginan tentu ada cara untuk mencapainya
Ayat          Faizal berusaha hendak memajukan perusahaan makanan segeranya kerana dia yakin di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
9 Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
Maksud Mengikut adat dan kepercayaan tempest tinggal
Ayat          Junaidi cuba menghormati rakan-rakan yang baru dikenalinya kerana di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
10 Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Maksud Hidup mengikut peraturan apabila mati berserah kepada Tuhan semata-mata
Ayat          Orang muda mesa  patuh pada nasihat orang yang lebih tua agar hidup dikandung adat,    
              mati dikandung tanah.
11 Kalah menjadi abu, menang menjadi arang
Maksud Kekalahan dan kemenangan tidak membawa keuntungan kepada mana-mana pihak
Ayat        Jangan bergaduh sesama saudlara kerana yang kalah menjadi abu, menang
              menjadi arang.
12 Ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni
Maksud Perhubungan yang sangat erat dan mesra
Ayat          Kita mesti kekalkan perhubungan yang mesra ini seperti kata pepatah, ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni.
13 Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
Maksud Sangat mengalu-alukan dengan penuh penghormatan
Ayat          "Jemputan itu saya terima dengan senang hati; kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan," kata Salmi.
14 Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa
Maksud Percakapan seseorang yang boleh membawa kesusahan kepada diri sendiri
Ayat          Budak itu   dipukul olehkawan-kawannya kerana kata-katanya yangkesat,kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
15 Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.
Maksud Setiap orang mempunyai sikap dan pendapat yang berbeza-beza
      Ayat           Walaupun mereka sahabat baik, tapi adakalanya tidak sependapat kerana rambut sama   
                       hitam tetapi hati lain-lain.
16 Sehari selembar benang. lama-lama menjadi kain
Maksud Membuat sesuatu pekerjaan sedikit demi sedikit , lama kelamaan akan berjaya
Ayat         Mak Alang berjaya menyiapkan beberapa helai tikar mengkuang walaupun
pekerjaan itu remit kerana dia berpegang pada prinsip sehari selembar benang,
lama-lama menjadi kain.
17 Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga
Maksud Sepandai-pandai orang, ada masanya berbuat salah juga
Ayat        Rahsia Fendi terbongkar juga akhirnya kerana sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
18 Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Maksud Berfikirlah dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan agar tidak menyesal pada masa datang
Ayat        Belajarlah semasa anda masih muda ini kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
19 Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap belakang kerbau juga
Maksud Walaupun sudah jauh di tempat orang, tetapi akhirnya kembali ke tempat. asal
Ayat         Hisyam merantau sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu tetapi kembali semula ke
kampung ini kerana setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di  atas
belakang kerbau juga.
20 Berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah
Maksud Seimbang dan setaraf
      Ayat           Penglibatan pelajar dalam bidang teknologi maklumat membolehkan mereka berdiri sama tinggi,
                           dan duduk sama rendah dengan bangsa lain pada masa akan datang


PERKARA
KETERANGAN
8.4
Bidalan

Bidalan ialah perkataan-perkataan yang mempunyai pengertian tertentu di sebalik kata-kata itu. Pengertian bidalan berkaitan dengan sikap dan tingkah laku manusia. Kata-kata bidalan itu disusun dengan indah berdasarkan gelagat manusia, binatang, dan benda-benda yang lain di alam ini.
BIDALAN
1 Ada pasang surut
   Maksud Keuntungan dan kekuatan seseorang ada masa meningkat dan menurun
   Ayat                     Permainan Kok Meng semakin merosot kerana tahap keeergasannya ada pasang surut.
2 Ada rupa ada harga
   Maksud Harga sesuatu barang mengikut keadaan
   Ayat                     Harga cincin itu memang mahal kerana ada rupa ada harga.
3 Air dicincang tidak akan putus
   Maksud Pergaduhan antara ahli keluarga akhirnya akan berbaik-baik semula
   Ayat                     Amin dan kakaknya selalu bergaduh tetapi akan berbaik-baik semula kerana air
                                  dicincang tidak akan putus.
4 Ada udang di sebalik batu
   Maksud Ada sesuatu benda yang terselindung di sebalik perbuatan seseorang
   Ayat                     "Jamal selalu memuji saya kerana ada udang di sebalik batu," kata Faizal.
5 Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
   Maksud:                  Orang yang pendiam jangan disangka bodoh
   Ayat                     Walaupun seorang yang pendiam, Nani Bering mendapat markah yang tinggi di dalam
                                  kelas. Kata orang, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
6 Baik berjagung dahulu sebelum padi masak
   Maksud : Menggunakan sesuatu yang kurang baik sementara menunggu sesuatu yang lebih baik.
   Ayat                       “Sebelum menunggu pokok kelapa sawit berbuah tanamlah jagung kerana baik berjagung
                                    dahulu sebelum padi masak,” kata Tok Penghulu kepada anak buahnya.
7 Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
   Maksud:                Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha
8 Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut
   Maksud:               Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan
9 Belum duduk sudah berlunjur
    Maksud:                 Belum  memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira
10 Berbuat di siang, belayar di luar musim
     Maksud:                Melakukan sesuatu  bukan pada masa yang sesuai
11Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar
     Maksud:                Perlu  berhati-hati apabda memperkatakan sesuatu
12Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat  bertikir baik dahulu kemudian baru berfindak
13Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian
     Maksud:               Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat kemudian
9 Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang
   Maksud:               Membetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum membetulkan kesalahan orang lain
11 Biar alah sabung, asalkan menang sorak
     Maksud:             Tewas dalam perlawanan namun masih bercakap besar
12 Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati
     Maksud:               Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia
13 Biar genting jangan putus
     Maksud:               Biar rugi sedikit jangan rugi banyak
14 Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas
     Maksud:               Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat


15  Biar lambat asalkan selamat
      Maksud:        Membuat sesuatu kerja biarlah berhati-hati
16  Biar mati anak jangan mati adat
      Maksud:        Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup mati anak
17  Biar pecah di perut jangan pecah di mulut
      Maksud:        Menyimpan rahsia
18  Biar titik jangan tumpah
      Maksud:        Biar rugi sedikit jangan rugi banyak
19  Buang yang keruh ambil yang jernih
      Maksud:        Melupakan perkara yang tidak baik
20  Cermat masa banyak, jimat masa sedikit
      Maksud:        Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi berbuat jahat jangan sekali
21  Daripada cempedak biarlah nangka
      Maksud:        Lebih baik daripada tiada langsung
22  Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga
      Maksud:        Daripada hidup menanggung dosa, lebih baik meninggalkan nama baik
23  Genggam bara api biar sampai jadi arang
      Maksud:         Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hedaklah bersabar dan
                            menyempurnakan kerja tersebut sehingga berjaya
24  Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga
      Maksud:         Budi baik seseorang itu tidak akan dilupa walaupun orang itu telah meninggal
25  Hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa
      Maksud:         Berbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri dan masyarakat.
26  Ingat sebelum kena, jimat ( hemat ) sebelum habis
      Maksud:          Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta
27  Jangan bawa resmi  jagung, semakin berisi semakin tegak
      Maksud:          Jangan  sombong apabila mendapat sesuati kelebihan
28  Kali panjang sejengkal, jangan lautan dalam hendak diduga.
      Maksud:         Jangan lakukan pekerjaan yang tidak mampu kita lakukan
29  Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
      Maksud:         Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam
                             masyarakat di situ.
30  Sediakan payung sebelum hujan
      Maksud:         Bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu
31  Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
      Maksud:         Tekun dan sabar membuat kerja, akhirnya akan memperoleh kejayaan



LATIHAN PENGUKUHAN

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan yang berkiatan dengan peribahasa di bawah ini.

1 Pak Ali memang.....
  dia suka menolong sesiapa sahaja, terutamanya dalam majlis-majlis yang dijalankan di kampung saya.
A   ringan tulang   B  buah mulut
       C   baik hati            D  mulut murai

2 Jika kita mahu berjaya dalam pelajaran, kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh. Sikap bersunguh-sungguh pada peringkat awal sahaja ibarat..................................................
A    tikus membaiki labu
B     hangat-hangat tahi ayam
C   menyesal dahulu pendapatan,     
     menyesal kemudian tidak berguna
        D   alang-alang menyeluk pekasam biar
             sampai ke pangkal lengan.

3   Peribahasa berikut mempunyai   
     maksud yang hampir sama kecuali
  A  bapa borek anak rintik.
          B  bagaimana acuan begitulah kuihnya.
          C bagaimana gendang begitulah tarinya.
          D kalau tidak dipecahkan ruyung
              manakan dapat sagunya.

4  Sesungguhnya persahabatan yang sejati untuk dipisahkan. Peribahasa yang sesuai dengan maksud di atas ialah
   A bagai isi dengan kuku
   B bagai ikan pulang ke lubuk
   C bagai kacang lupakan kulit


5   Abu dan adiknya sentiasa berselisih faham kerana tida  berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka. Namun baru-baru ini mereka berbaik semula.
  Hal ini dikatakan...................................
 
  A  bagai aur dengan tebing
  B  air dicincang tidak akan putus
  C  mencurah air ke daun  keladi
  D  bertepuk sebelah tangan tidak akan
      berbunyi

6   Orang sibuk denga aktiviti di laur rumah
     sehingga mengabaikan tanggungjawap
     mereka terhadap rumah tangga diibaratkan
     .........................................

     A  kera mendapat bunga
     B  lempar batu sembunyi tangan
     C  bagai langit dengan bumi
     D  kera di hutan disusukan anak di rumah
         mati kelaparan


7.    Pengganas komunis itu mengangkat...........
       ................ apabila kubu mereka telah
       dibakar oleh penduduk kampung.

       A   bendera Malaysia    C  angkat tangan
       B   bendera putih         D  langkah seribu

8.    Adi berasa sungguh sedih kerana ibunya
       telah meninggal dunia. Dua bulan
       kemudian, ayahnya pula telah terlibat
       dalam kemalangan jalan raya bak kata
       pepatah..........................................
       A   makan hati berulam jantung
       B   melukut di tepi gantang
       C   embun di hujung rumput
       D   sudah jatuh ditumpa tangga



9   Pak Utih menyiapkan jalanya sedikit demi
     sedikit. Akhirnya dia berjaya menyiapkan
     serawan jala dalam masa dua minggu. Sikap
     Pak Utih boleh dicontohi kerana.....................
    A  sehari selembar benang, lama-lama
        menjadi kain.
    B  dihentak tidak masuk, ditolak tidak
        bergerak.
    C  berat sama dipikul ringan sama dijinjing
    D  bukit sama didaki, lurah sama dituruni.

   Wai Chung  :  Bilakah awak bercadang untuk
                         menziarahi Anuar yang sedang
                         sakit di hi hospital?
   Taufik         :  Saya akan melawatnya pada
                         esok hari sambil membawa
                          sesuatu yang boleh
                          mengembirakannya.

 10  Makna frasa membawa sesuatu yang boleh
       mengembirakannya bersesuaian dengan
       simpulan bahasa berikut
     A  buah tangan           C  buah mulut
     B  ambil angin            D  ambil berat
  Syamsiah sangat gembira kerana dia sekarang
  menjadi pelajar terkenal di seluruh negara
  apabila dia berjaya memperoleh kejayaan
  cemerlang dalam PMR. Sebelum ini, rakan-
  rakannya sering memperlekeh kebolehannya
  itu. Barulah kini rakan-rakannya menyedari
  kebolehannya.

 11   Situasi di atas dikatakan
    A  buah mulut            C  besar hati
    B  bangga diri             D  buka mata
  Karim sama sekali tidak menyangka bahawa
  Razak akan memukul rakan-rakan yang
  mengejeknya sehingga mereka mendapat
  kecederaan yang parah dan terpaksa dibawa
  ke hospital

12   Hal ini boleh diibaratkan seperti
   A  naik angin               C  jatuh angin
  B  kepala angin             D berubah angin

13  Rani tidak mahu berkawan dengan anak
      orang kaya itu kerana.............................
      A  hidung belang
      B  hidung tinggi
      C  buta hati
      D  kaki bangku
    Berita seorang artis remaja terlibat dengan
    dadah yang disiarkan akhbar itu tidak benar
    sama sekali. Tidak ada saksi yang tampil
    memberi keterangan semasa perbicaraan
    dijalankan. Akhirnya pihak mahkamah
    membebaskan artis tersebut.


14 Pernyataan di atas dianggap sebagai

    A  angin lalu         C  putar belit
    B  lepas tangan     D  khabar angin
  
    Sejak akhir-akhir ini, ayah tidur tidak lena
    kerana dia sering batuk terutama di tengah
    malam

15  Peribahasa yang sesuai dengan situasi
      di atas ialah

   A  tidur-tidur ayam
   B  lipas-lipas kudung
   C  jinak-jinak merpati
   D  pening-pening lalat

      Sebelum kita melakukan pekerjaan kita
      hendaklah terlebih dahulu mengetahui
      kemampuan diri sendiri

 16  Apakah peribahasa yang sesuai dengan
       maksud pernyataan di atas?

   A  Ukur baju di badang sendiri
   B  Umpama api membawa ganas
   C  Manis jangan terus ditelan, pahit jangan
       terus dibuang.
   D Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung
      perahu hanyut






    Bagai cincin dengan permata
17 Berikut ialah maksud peribahasa di atas,
     kecuali
A    pasangan yang sama-sama cantik.
B     pasangan yang sama-sama padan.
C    pasangan yang sama-sama cocok.
D   pasangan yang sama-sama seiras.

18   Pemuda yang cacat itu ____________  untuk      
       mendaki Gunung Everest.
A    ada hati                       C  ambil hati
B    ada daya                       D  ambil nyawa


19  Walaupun Angamah pelajar baru di sekolah itu
      tetapi dia suka beramah mesra dengan rakan-
      rakannya.
Sikap Angamah  di atas digambarkan sebagai
A    buah mulut.         C  ringan mulut.
B    mulut murai        D  mulut tempayan



20  Gambar di atas bersesuaian dengan peribahasa
 A   bagai aur dengan tebing
 B   genggam bara api biar sampai menjadi arang
 C   hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
 D  sehari selembar benang, lama-lama jadi kain





      Walaupun hubungan kekeluargaan mereka, sudah jauh, Talib tetap mengunjungi Pak Mat dan Mak Usu kerana dia telah menganggap mereka seperti ibu dan bapanya sendiri.
21  Situasi di atas  menggambarkan
A    bau-bau bacang.
B    bagai kacang lupakan kulit.
C     bagai anak ayam disambar helang.
      D    bagaimana acuan begitulah kuihnya.

   Penduduk Kampung Sungai Gulang-gu­lang
    sentiasa bantu-membantu dalam majlis kenduri    
    kahwin. Mereka bertungkus­ lumus menyediakan
    lauk-pauk untuk para, tetamu.


22   Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah
   A  harap hujan di langit, air di tempayan di­curahkan.
   B  berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
   C  hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah
   D berat sama dipikul ringan sama dijinjing

   Hubungan Aminah dan Syuhada amat rapat.   
   Mereka sering belajar bersama­-sama.

23   Situasi di atas  diibaratkan
       A   bagai isi dengan kuku.
      B   bagai aur dengan tebing.
      C   bagai pulut dengan santan.
       D   bagai anjing dengan kucing.

   Karim :  Kamu jangan melebih-lebihkankan cerita
                  itu daripada yang sebenar‑benarnya.
                 Nahas kamu nanti!
     Nazri : Betul, karim. Aku nampak budak itu yang
                 mencuri rambutan di kebun bapa kamu
                 tadi.

24 Peribahasa yang sesuai dengan peribahasa di atas
     ialah
  A  ibarat lalang ditiup angin.
  B  indah khabar daripada rupa.
  C  indah kain kerana coraknya.
  D  ibarat lesung dengan penumbuk.



   Datuk Tauhid amat sedih apabila mendapat
   tahu bahawa anak kesayangannya telah
    menggelapkan wang syarikatnya.
25   Situasi ini bersesuaian dengan peribahasa
 A   harapkan pagar, pagar makan padi.
 B   bagai kaca terhempas ke batu.
 C   sudah jatuh ditimpa tangga.
 D  gunting dalam lipatan.
     Jambatan di Hulu Temiang telah runtuh  kerana
    dilanda banjir. Oleh sebab hubungan antara  
    penduduk saling bekerjasama, jambatan itu dapat
    dibaiki dengan segera.
26  Situasi ini digambarkan di atas
A    seperti aur dengan tebing.
B     seperti rusa masuk kampung.
C    seperti ikan pulang ke lubuk.
D    seperti cincin dengan permata.



                          Bak pungguk rindu akan bulan

27    Situasi di atas digambarkan sebagai
A    seseorang yang rindukan kekasih
      hatinya.
B     seseorang yang rindu akan kampung halamannya.
C    seseorang yang rindu akan ibu bapanya di kampung.
D    seseorang yang rindukan kawan-kawan
       sepermainannya.
  Awan pada petang itu kelihatan hitam. Hal ini
  menunjukkan tanda bahawa hari akan hujan.
 
28 Peribahasa yang sesuai dengan maksud di atas
      ialah
A     baik sangka.
B       buah fikiran.  
C     bawa   alamat.
D     batu loncatan.


  Kita hendaklah mendengar nasihat orang tua
   kerana mereka lebih berpengalaman dalam
   hidup.

29  Peribahasa yang sesuai dengan maksud di atas
       ialah
A         bulat hati.          C   buah fikiran.
B         asam pauh.       D   asam garam.

    “Saya sungguh bangga dengan pencapaiai
     para pelajar saga di dalam peperiksaan PMR
    tahun ini," ucap pengetua di perhimpunan
    sekolah.

30  Perasaan pengetua di atas dapat    
     digambarkan dengan peribahasa berikut
A     hancur hati.         C   besar hati.
B     dalam hati.           D  buah hati.

  Sebaik sahaja tiba di dewan itu, Mawi
  diminta menggantikan tempat juruacara majlis  
  yang tiba-tiba sahaja jatuh pengsan.

31   Peribahasa yang sesuai dengan kenyataan di
       atas  ialah
A    bidan terjun.         C  batu loncatan.
B     mencari akal.        D  membanting tulang.


32 Para peniaga yang meminjam wang daripada
     sindiket Along berasa gusar kerana
    merekabersikap seperti
A   lintah darat.      C   tangkai jering.
B  tumbuk rusuk.    D durian runtuh.

Ahmad : Kita telah berjaya menang­kap orang suruhan kum­pulan perompok itu, Tuan Inspektor.
Inspektor :   Bagus, selepas ini mudah­ lah
Ridzuan        kita menangkap, ketu­anya pula.


33  Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas             
      ialah
A        tali barut.       C      titik peluh.
B       tajam akal.    D      tulang belakang.


Harimau mati meninggalkan belang, ma­nusia mati meninggalkan nama
33  Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa     
       di atas  ialah
A    orang yang bermusuhan, mustahil dapat disatukan.
B    orang yang sanggup mati kerana ber­juang untuk mendapatkan hak.
C   orang yang menjadi mata-mata kepada
       orang lain memang sukar dipercayai.
D    orang baik meninggalkan nama baik orang jahat
       meninggalkan nama buruk

34 Walaupun keluarga Encik Zairi baru sahaja berpindah di Taman Subang Mewah tetapi mereka telah mempunyai ramai kenalan.
      Peribahasa pernyataan di atas ialah
A   ringan mulut.        C   buah mulut
B  mulut murai.    D ringan tangan

 35 Pilih peribahasa yang sesuai bagi
     gambar yang diberikan di atas.
     A  Durian runtuh      C  Dalam jagaan
     B  Untung sabut       D  Harga mati

36 Peribahasa yang berikut berkaitan
    dengan seseorang yang dalam kebingungan atau  kesulitan apabila berhadapan dengan
masalah, kecuali
                                                                        
A     seperti bumi dengan langit.            
B     seperti rusa masuk kampung.      
C     seperti anak ayam kehilangan ibu.
D    seperti telur di hujung tanduk

Raju   :Saya berasa sedih dengan kekalahan pasukan kita dalam per­lawanan ini. Kalaulah saga tidak tercedera tentu keadaan ini ti­dak berlaku
Rahman     :Janganlah awak menyesali
                 perkara yang sudah berlalu.

 37   Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi
        mengambarkan situasi dialog di atas

  A   Nasi telah menjadi bubur
  B   Rumah siap pahat berbunyi
  C   Indah khabar daripada rupa
  D   Laksana pokok tidak berbuah

38   Kanak-kanak yang sedang membesar
       hen­daklah diasuh dengan nilai-nilai
      murni seperti bersopan santun, hormat-
       menghor­mati dan berhemah tinggi. Di samping
        itu, mereka juga hendaklah diajar
        berkomunikasi  dengan baik agar mereka tidak
        menggunakan........................ apabila
        berhadapan dengan orang  tuanya.
  A   bahasa pasar             C  bahasa istana
  B   bahasa kesat             D  bahasa ibunda


Ada batang, ada cendawan tumbuh

 39   Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa
        di atas ialah
   A   di mana kita tinggal di situ ada duit.
   B   di mana-mana kita tinggal di situ ada rezeki.
   C   di mana-mana kita tinggal di situ ada kerugian.
   D   di mana-mana kita tinggal di situ ada bencana.





40   Gambar di atas dapat dipadankan dengan
        peribahasa:-
  A   bagai bulan purnama empat betas.
  B   bagai pungguk rindukan bulan.
  C   bagai cincin dengan permata.
  D   bagai angin bertiup lembut.
  Apabila Datin Salmah pergi membeli-belah
  dia akan membeli barang-barang yang mahal
   kerana dia percaya barang tersebul berkualiti dan
   elok buatannya.

41  Perbuatan Datin Salmah diibaratkan
A    biar titik jangan tumpah.
B     alah membeli menang memakai.
 C     jauhari juga yang mengenal manikam.
 D   tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
      panas.
                Ada udang di sebalik batu

42   Maksud peribahasa di atas ialah
A   di sebalik sesuatu perbuatan ada niat  yang
       tertentu.
B     jika sudah terlanjur jahat, teruslah hingga
        mendapat hasilnya.
C     jangan mudah terpedaya dengan  helah orang
        yang berniat jahat.
D   orang suka mengambil kesempatan atas kelemahan
      orang lain.

     Datuk Muslim tetap mahu anaknya mengadakan
     majlis persandingan mengikut adat istiadat orang
     Melayu kerana baginya sesuatu bangsa itu dikenali
     menerusi budayanya.

43  Situasi di atas bersesuaian dengan peribahasa  
A   biar mati anak, jangan mati adat.
B  yang kurik itu kendi, yang merah i saga.
C  tak lapuk dek hujan, tak lekang d panas.
D  alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai
      ke  pangkal lengan.
Cikgu    : Sejak kebelakangan ini saga            
Safiah    melihat awak tidak bercakap
            dengan Erina. Awak bergaduh  
               dengan dia ke?
  Aliza :Saya memang tidak
           sefahamandengan Erina, cikgu.
44   Situasi di atas menggambarkan
A    tumbuk rusuk.     C perang dingin.
B     kera sumbang.      D tulang belakang.

45 Peribahasa berikut memberi maksud
     yanghampir sama, kecuali
A    malas berdayung, perahu hanyut.
B     malu bertanya, sesat jalan.
C    malas bergarit, perut perit.
D    berani malu, takut mati

    Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak   
    sejak dari kecil agar mereka tidak terlibat
    dengan gejala sosial mahupun penagihan  
    dadah.

46  Hal ini amat berkait rapat dengan peribahasa
A    kalau guru makan berdiri, maka murid­      
       nya makan berlari.
B    kalau melentur buluh biarlah dari rebungnya.
C   seperti ketam mengajar anaknya berjalan.
D   seperti anak ayam kehilangan ibunya.
   Fatimah belajar komputer di bandar  
   tempat tinggalnya sementara menunggu   
   kepu­tusan PMR. Pada sebelah malamnya  
   dia menghadiri tuisyen.


47 Sikap Fatimah ini diibaratkan                          
A   baik membawa resmi padi, daripada   
     membawa resmi lalang.
B    baik menanti orang dulu, bak melalak orang kudian.
C   baik berjagung-jagung sementara padi belum masak.
D  bak pinang dianduh, putus tali dia berdiri.


   Najihah sering tidak mengendahkan nasi­hat
    ibunya yang menyuruhnya belajar ber­-
   sungguh-sungguh. Apabila keputusan PMR
    diumumkan, dia gagal dalam peperiksaan­nya.

48  Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas          
      ialah
A    mencurah garam ke laut.
B     nasi sudah menjadi bubur.
C    sudah jatuh ditimpa tangga.
D    hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
     Walaupun Aini sudah menjadi bintang ter­
      kenal, dia tetap merendah diri terutama      
    apabila bertemu kawan-kawan lamanya di
     kampung.

49   Sikapnya ini diibaratkan
A     baik membawa resmi padi daripada mem­
        bawa resmi lalang.
B      baik berjagung-jagung sementara padi belum  
 masak.
C     bagaimana acuan begitulah kuihnya.
D    biar putih tulang jangan putih mata.
Baik berjagung-jagung sementara
padi belum masak.

50  Peribahasa di atas membawa maksud
A    kalau mengerjakan sesuatu biar sampai  selesa
B   bersusah payah dahulu sebelum
mendapat kejayaan.                                   
C  berfikir dahulu sebelum membuat
sebarang tindakan.                                     
D  melakukan sesuatu pekerjaan lain  
   sebelum membuat kerja tetap.

Fatimah :  Mengapa awak tidak mahu    berkawan dengan Joyah?
Salmah :Saya bukan tidak mahu
            berkawan dengannya. Saya
                cuma tidak suka akan pera­ngainya
                 yang suka bercakap banyak.

51  Peribahasa yang sesuai dengan situasi di
      atas ialah
A   bagai layang-layang terputus tali
B   bagai anjing buruk kepala
C   seperti kaduk naik junjung
D   bagai murai tercabut ekor


Tajam akal

52  Peribahasa di atas bermaksud
 A   seorang yang berhemah tinggi.
 B   seorang yang cerdik dan bijaksana.
 C   seorang yang jujur ketika bercakap.
 D  seorang yang rajin melakukan peker­jaan.

    Choi Meng telah menyertai kongsi
    gelapwalaupun dia masih bersekolah.
     Di sekolah pula, dia suka memeras
   ugut kawan­kawannya. Sikapnya ini
     menyebabkan dia disisih.

53  Perbuatan Choi Meng ibarat
A    bagai anjing buruk kepala.
B    bagai anjing dengan kucing.
C    bagai melepaskan anjing tersepit.
D   bagai layang-layang digigit anjing


Jauhari juga yang mengenal manikam
54  Gambar dan peribahasa di atas bermaksud
A   orang yang bijaksana sahaja yang tahu  
      menilai sesuatu benda.
B    pengetahuan tidak khusus kepada orang-orang
       tua sahaja.
C   sesuatu berita itu dilebih-lebihkan pada yang sebenar.
D   di sebalik sesuatu perbuatan ada yang
       tertentu.

Sudah jatuh ditimpa tangga
56 Peribahasa di atas bermaksud
A   mendapat rezeki yang tidak disangka
B   mendapat musibah yang berturut-turut
C  menggantikan tempat orang lain diminta.
D  menggantikan tugas orang lain tiba-tiba.
Pihak lebuh raya PLUS menyediakan bagai kemudahan kepada pengguna le raya. Malangnya banyak tandas yang telah dirosakkan oleh pengguna.
57  Situasi ini boleh diibaratkan
A    seperti kera mendapat bunga.
B     seperti kera mendapat belacan.
C    seperti mencurah garam ke laut.
D    seperti mencurah air ke daun keladi

Azua   :Saya menyesal kerana menuduh  
           Salmah yang mencuri pensel saya.
Suzana:Itulah kamu, tidak menyiasat sebelum
               menuduh orang Akhirnya kamu yang  malu
             sekarang.
58   Pilih peribahasa yang sesuai dengan dalam
       dialog di atas.
A     Bagai kucing dibawakan lidi
B     Ayam terlepas tangan bau tahi
C     Sudah terhantuk baru tengadah
D     Di mana  ada kemahuan di situ ada jalan.

Apabila melihat Amran berkereta besar dan
mewah,  Mak Som terus menerima lamaran
Amran untuk memperisteri anaknya, Halimah
sedangkan Amran hanya meminjam kereta itu,
daripada kawannya.

59  Peribahasa di atas menggambarkan
A    jauhari juga yang mengenal manikam.
B    ibarat, burung, mata terlepas badan
      terkurung..
C   manis jangan terus ditelan, pahit jangan
     terus dibuang.
D   kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
      sagunya.


 Wakil rakyat itu turun padang untuk  mengetahui  
 permasalahan yang dihadapi oleh rakyatnya
 yang dilanda banjir di Kampung Setiu baru-baru ini.


60 Situasi di atas bersesuaian           
     dengan peribahasa
A    jika ular menyusur akar, tiada hilang
      bisanya.
B     berat mata memandang, berat lagi bahu
        yang memikul.
C     hancur badan dikandung tanah, budi baik
       dikenang jua.
D    kuman di seberang laut nampak, gajah di depan
       mata tidak nampak.

61  Peribahasa berikut membawa maksud   
      melakukan sesuatu pekerjaan yang sia-sia                                                                                 56 dan tidak berfaedah, kecuali
A     ikan di hulu tuba di hilir.
B     arang habis best binasa.
C    harap guruh di langit, air di tempayan di­
       curahkan.
D   canggung seperti antan dicungkilkan duri.


Pengurus : Kamu ini nampak sahaja  
                seorang yang pendiam. Saya ti­dak   menyangka bahawa kamu mampu memberikan idea yang bernas ini. Tahniah!
Zaki     :Terima kasih, tuan. Saya san­gat berterima kasih atas
                    peng­hargaan ini.

62 Peribahasa yang bersesuaian dengan situasi    
     di atas ialah
A    dalam ramah membuat rumah.
B     di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
C   dekat dapat ditunjal, jauh tak dapat
     di­tunjuk.
D   diam-diam ubi berisi, diam-diam best berkarat.





 
    Kalau, kail panjang sejengkal, lautan dalam   
    jangan diduga
63  Maksud peribahasa di atas ialah
A orang yang tidak mempunyai kuasa janganlah anganlah sesekali melawan orang yang jahat.
B     orang-orang yang membuat salah    
      biarlah dihukum oleh orang-orang yang  
      berkuasa.
C    orang-orang yang kecil dan tak tabu apa‑
apa akan dianiayai oleh orang yang besar­ E besar.
D     orang yang berpengetahuan sedikit, janganlah hendak melawan orang-orang berpengetahuan lebih banyak.                                             
     Azianti ialah seorang pelajar yang bersopan             
    santun dan berhemah tinggi. Bapanya
    ialah seorang tokoh pemimpin yang sangat
     disegani di kampungnya. Manakala ibunya
     pula seorang pensyarah di sebuah universiti.
     Mereka sentiasa mengajar Azianti supaya
     menghormati orang tua dan bercakap
     dengan lemah lembut.

64  Situasi si sebelah bersesuaian  dengan peribahasa
       di atas:-
A    bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
B   kalau hendak melentur buluh biarlah dari
       rebungnya.
C    kalau asal benih yang balk, jatuh ke laut menjadi
       pulau.
D   anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang
      mencorakkannya.

65  Peribahasa berikut mempunyai makna yang  
      sama, kecuali
A   berdikit-dikit lama-lama menjadi bukit.
B   beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.
C  sehari selembar benang, lama-lama men­jadi
     kain.
D  kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapa



   
    Seseorang yang malas berusaha tentulah
    tidak akan berjaya selama-lamanya

66 Keadaan di atas sesuai dengan peribahasa
 A  Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung
     perahu hanyut.
 B  Kalau tak pecah ruyung manakan dapat
     sagunya.
C   Hendak seribu daya, tak hendak seribu
     dalih.
D   Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

      Zahir senang bergaul dengan orang-orang di
      di Taman Tersusun Titi Gantong walaupun
      dia baru sebulan menetap di taman tersebut.
      Dia juga menghadiri majlis kenduri yang
      diadakan oleh penduduk kampung.

67  Sikap Zahir di atas dengan peribahasa
 A   yang lama dikelek, yang baharu didukung
 B   di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
 C   umpama telur sesangkak pecah satu pecah
      semuanya
 D   hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri
      sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
    Walaupun pegawai daerah yang baru dilantik itu
     baru berusia 25 tahun, tetapi dia mampu
     menyelesaikan masalah tanah penduduk-
     penduduk Kampung Bota yang telah berpuluh-
     puluh tahun tertangguh untuk mendapatkan
     hak milik mereka.

67  Situasi pernyataan di atas sesuai dengan
      peribahasa
 A  kalau takut dilambung ombak jangan berumah
     di tepi pantai
 B  kalau kail kail panjang sejengkal, lautan dalam
     jangan diduga.
C  kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka
     bapa.
D  kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat
     sagunya.







     Walaupun terpaksa menjual kuih di sekeliling
     kampung, Pak  Busu tidak pernah mengeluh
     penat kerana baginya itu merupakan rutin
     sehariannya untuk mendapat rezeki yang
     halal

 68 Peribahasa yang bersesuaian dengan peribahasa
 A  alah bias tegal biasa
 B  alang-alang mandi biar basah
 C  alah membeli menang memakai
 D  alang-alang berminyak biar licin
    Pak Mahad telah menulis surat wasiat untuk
    isteri dan anak-anaknya. Dia membahagikan
    hartanya sama rata dan adil untuk mereka.
    Dia tidak mahu anak-anaknya bercakaran
    selepas dia meninggal dunia.

69 Keadaan di atas diibaratkan
A   harimau mati meninggalkan belang, manusia
      mati meninggalkan nama.
B  hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah
C  berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
D  bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Alang-alang mandi biar basah

70  Peribahasa di atas bermaksud
A   apabila kita berunding tentang sesuatu
      pekerjaan, biarlah ada keputusannya.
B   apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan biarlah   
     sampai selesai.
C  jangan melakukan pekerjaan kerana
    desakan orang lain.
D  jangan melakukan pekerjaan sambil lewa.

  Walaupun Dato' Rostam sudah   
  bermastautin di England, beliau tetap
   teringat akan keluarga dan kampung halamannya.


71  Peribahasa yang sesuai dengan situasi ini              
      ialah
A    di mana bumi  dipijak di situ langit dijun­jung.
B     manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus
       dibuang.
C    tempat jatuh lagi dikenang inikan pula
      tempat bermain.
D   ibarat burung dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung.

   Adlin mewarisi bakat ibu dan bapanya yang
   pernah mengungguli clunia lakonan tanah air
   pada suatu masa dahulu.

72  Situasi di atas diibaratkan
A    lebih sudu dari kuah.
B     bagaimana acuan begitulah kuihnya.
C    seperti menatang minyak yang penuh.
D    ke mana tumpahnya kuah kalau tidak

Seperti  lembu dicucuk hidung

73  Peribahasa ini bermaksud
A    orang yang sangat degil dan suka meme­rintah.
B     orang yang sangat patuh dan menurut perintah.
C    orang yang sangat benci akan perbuatan orang
       lain.
D    orang yang sangat berhemah dan patuh kepada
       peraturan.

74  Peribahasa berikut memberi maksud yang hampir sama, kecuali
A    harap guruh di langit, air ditempayan di­
       curahkan.
B    belum duduk sudah berlunjur dulu.
C    burung terbang dipipiskan lada.
D    belum bertaji hendak berkokok.
      Oleh sebab negara Malaysia aman, maka ramai rakyat dari negara luar datang ke sini. Mereka berminat bekerja di negara ini kerana banyak syarikat menawarkan pekerjaan.

75 Hal ini diibaratkan seperti peribahasa di        
     bawah kecuali
A    di mana ada gula, di situ ada semut.
B    di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
C   di mana bunga kembang, di situ kum­
     bang  banyak.
D   di mana ada buah masak, di situ banyak burung
      tampil.

70 Peribahasa yang berikut berkaitan  
     dengan sikap rajin dan tekun melakukan sesuatu pekerjaan, kecuali
A    bagai mencurah garam ke laut.
B    bagai lebah menghimpun madu.
C    seperti anal-anal memakan kayu.
 D   sehari selembar benang, lama-lama jadi kain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan