SELAMAT DATANG KE CIKGUMOHDRAMSUL. BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

TINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA ANDA KERANA ANDA MAMPU MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BANGSA

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG INI YANG DIWUJUDKAN SEPANJANG SAYA MENGAJAR DI SMKASAS (PMR) SELAMA 12 TAHUN DAN KINI SETELAH LAMA TIDAK AKTIF KERANA SAYA BERTUGAS DI PPD PERAK TENGAH SAYA BERUSAHA MENGAKTIFKAN SEMULA BLOG BERKENAAN. KINI BLOG INI KHAS UNTUK ANAK DIDIK SMK SERI LONDANG, GELUNG PEPUYU, BOTA UNTUK PEPERIKSAAN PT3 ADA TAHUN 2017. SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGGAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PT3, INSYAALAH.

Rabu, 1 Februari 2012

SAMBUNGAN PENGGOLONGAN KATA - KATA BILANGAN

1.1.4       KATA BILANGAN
Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung atau mengira sesuatu. Dalam bahasa Melayu, kata bilangan ini dapat dikumpulkan kepada enam jenis.

Kata Bilangan

Kata Bilangan  Tentu
Kata Bilangan Tak Tentu
Kata Bilangan Pecahan

Kata Bilangan Pisahan

Kata Bilangan Himpunan


Kata Bilangan Tingkat







Kata Bilangan
Fungsi
Kata Bilangan Tentu
Kata bilangan tentu digunakan untuk membilang sesuatu secara tentu jumlahnya. Contohnya satu, lima, sepuluh, seratus, tiga ratus dua puluh,  sejuta dan sebagainya.
Contoh penggunaan
a)   Saya mempunyai dua ekor kucing.
b)  Ecik Zali mempunyai lima orang anak.
c)   Angka sepuluh lebih tinggi daripada angka lima.
Peringatan:-
1.     Bagi kata bilangan tentu yang melibatkan objek tiga dimensi, maka penjodoh bilangan perlu ditulis selepas kata bilangan tersebut.
2.     Bagi yang tidak melibatkan objek tiga dimensi, maka penjodoh bilangan tidak perlu ditulis setelah kata bilangan tersebut.

Kata Bilangan
Fungsi
Kata Bilangan Tak Tentu
Kata bilangan tentu digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang tidak pasti jumlahnya. Antara kata bilangan tak tentu seperti segala, seluruh, sekalian, semua, sesuatu, sesetengah, beberapa banyak, dan sebagainya.
Contoh penggunaan
a)   Beberapa orang pelajar terlibat dalam pergaduhan itu.
b)  Seluruh penduduk kampung itu telah berjaya diselamatkan.
c)   Semua peserta diwajibkan mendaftar diri masing-masing.
d)  Para pelajar yang gagal dalam ujian ini dikehendaki hadir pada petang ini.
e)   Sesetengah ibu bapa tidak mempedulikan pendidikan anak-anak mereka.
                                                                                                                                                   


Peringatan:-
a)     Penjodoh bilangan mesti digunakan selepas kata bilangan tak tentu beberapa sahaja. Bagi bilangan kata tak tentu lain tidak perlu menggunakan penjodoh bilangan selepasnya.
b)    Kata bilangan segala tidak boleh digunakan untuk manusia, contoh segala orang, segala pelajar, segala penduduk.

Kata Bilangan
Fungsi
Kata Bilangan Pecahan
Kata bilangan pecahan digunakan untuk merujuk sesuatu dalam bentuk pecahan contohnya, separuh, setengah, dua pertiga, tiga perempat, dan sebagainya.
Contoh penggunaan
a)     Separuh daripada penduduk kampung bekerja sebagai petani.
b)    Dia hanya bekerja setengah hari sahaja pada hari ini.
c)     Tiga perempat daripada pelajar sekolah ini mendapat markah yang cemerlang.

Peringatan:-
1.     Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan selepas kata bilangan pecahan.
2.     Kata bilangan tentu dan kata bilangan pecahan yang digunakan serentak tidak boleh didekatkan sebaliknya perlu dipisahkan.
Contoh:-
Betul
Salah
lima ringgit setengah
lima setengah ringgit
dua jam setengah
dua setengah jam
lapan biji suku
lapan suku biji

Namun, dalam kes tertentu, kata bilangan tentu dan kata bilangan pecahan dapat hadir secara serentak.
Contohnya:-
Pada jam dua setengah kami tiba di situ. ( bermaksud pukul 2.30 )



Kata Bilangan
Fungsi
Kata Bilangan Himpunan
Kata bilangan himpunan merupakan kata bilangan yang hadir dalam keadaan berhimpun, contohnya bertahun-tahun, ribuan, berjenis-jenis, kedua-dua, ratusan, berminggu-minggu, jutaan, dan sebagainya.
Contoh penggunaan
a)   Ribuan penonton membanjiri stadium itu.
b)  Beribu-ribu orang penonton membanjiri stadium itu.
c)   Kami tinggal di sini sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu.
d)  Berbagai-bagai jenis kuih dijual di warung itu.

Peringatan:-
1.     Bagi kata bilangan himpunan, penjodoh bilangan hanya perlu digunakan bagi kata bilangan himpunan  yang ganda jumlahnya. Jika kata bilangan himpunan yang tidak tentu jumlahnya dan bagi perkara yang bukan dalam bentuk tiga dimensi, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.
Contoh:-
Ayat dan penggunaan Kata Bilangan Himpunan
Kedudukan Ayat
Ribuan orang penonton
Salah
Ribuan penonton
Betul
Kedua-dua orang pelajar
Betul
Kedua-dua pelajar
Salah

2.     Kata bilangan seperti beratus-ratus, kedua-dua, dan berpuluh-puluh tidak boleh ditulis sebagai beratus, kedua, atau berpuluh dalam bahasa yang menepati tatabahasa baku.


Kata Bilangan
Fungsi
Kata Bilangan Pisahan
Kata bilangan digunakan untuk merujuk sesuatu bilangan secara terpisah atau berasingan antara satu sama lain. Terdapat dua kata bilangan terpisah iaitu:-
a)     setiap
b)    masing-masing
Contoh penggunaan
a)     Setiap pelajar dikehendaki menyerahkan buku pada hari ini juga.
b)    Selepas aktiviti tersebut, para pelajar dikehendaki duduk di tempat masing-masing.
Peringatan:-
Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan selepas kata bilangan pisahan baik bagi objek  tiga dimensi mahupun bukan objek tiga dimensi.
Contoh kesalahan:-
a)     Setiap orang pelajar dikehendaki menyerahkan buku pada hari ini jga.
b)    Setiap buah kereta perlu diperiksa dengan teliti.

Kata Bilangan
Fungsi
Kata Bilangan Tingkat
Kata bilangan digunakan untuk merujuk sesuatu dari segi susunan, giliran, atau urutannya, contoh pertama, kedua, kelima, kesepuluh dan sebagainya

Contoh penggunaan
a)     Ravi mendapat tempat pertama dalam ujian itu.
b)    Saya tinggal ditingkat kesepuluh, pangsapuri itu.

Peringatan:
Penjodoh bilangan tidak boleh digunakan setelah kata bilangan tingkat. Kata bilangan yang ditulis dalam bentuk angka dan dirangkaikan dengan awalan ke- atau akhiran –an perlulah digunakan tanda sempang.
Contohnya: abad ke-20, tahun 1990-an,, ulang tahun ke-63

Beberapa Kesalahan Umum dalam Kata Bilangan
Pertama:-
Kata Bilangan
Penggunaan
Kata Bilangan Tak Tentu
Terdapat beberapa kesalahan kata bilangan yang sering dilakukan seperti penggunaan kata bilangan tak tentu para, berbagai-bagai, dan setengah-setengah
Contoh penggunaan
a)     Kata bilangan tak tentu para perlulah dibezakan dengan kata ganda para-para yang membawa maksud rak yang digunakan untuk menyimpan barang-barang.
b)    Kata bilangan tak tentu berbagai-bagai ( pelbagai/perbagai) perlu dibezakan dengan penggunaan kata berbagai yang membawa maksud tidak terhingga atau amat.
c)     Kata bilangan tak tentu setengah-setengah ( sesetengah ) perlu dibezakan dengan kata bilangan pecahan setengah yang membawa maksud separuh atau satu perdua.


Kedua:
Kata Bilangan
Penggunaan
Kata Bilangan Tingkat, Tentu, dan Himpunan
Kata bilangan tingkat, kata bilangan tentu dan, kata bilangan himpunan perlu dibezakan antara satu sama lain.
Contoh penggunaan
Pak Ali mempunyai dua orang anak. ( Membawa maksud mempunyai / kata bilangan tentu )
Kedua-dua orang anaknya mendapat tempat kedua dalam ujian itu. ( Kedua-dua membawa maksud dua orang anaknya/ kata bilangan himpunan) dan kedua penggunaan  kata bilangan tingkat iaitu membawa urutan, susunan, giliran dalam keputusan pertandingan)

Ketiga:-
Kata Bilangan
Penggunaan
Kata Penanda Jamak
Kata bilangan yang digunakan untuk menunjukkan makna jamak, maka kata nama tersebut tidak boleh diulang yang membawa maksud jamak juga.
Contoh kesalahan
a)     dua orang pelajar-pelajar.
b)    setiap pelajar-pelajar.
c)     beberapa buah buku-buku.
Penggunaan yang betul
a)     dua orang pelajar.
b)    setiap pelajar.
c)     beberapa buah buku.


LATIHAN KATA BILANGAN
A.    Pilih kata bilangan yang sesuai dari kurungan untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah.

1


2


3

4

5


6

7

8

9

10

Bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi  ( pelbagai , berbagai)  langkah telah dilakukan oleh kerajaan agar ekonomi negara ini pulih seperti sedia kala.

Kamus tribahasa yang baru diterbitkan itu sesuai digunakan oleh  ( segenap, segala ) lapisan masyarakat.

( Semua,  Beberapa)  hartanya musnah akibat banjir yang melanda kampung itu semalam.

Para pekerja syarikat itu hanya bekerja  ( setengah, sesetengah )  hari pada hari ini.

( Kedua, Kedua-dua )  orang pelajar itu terpilih sebagai wakil bagi sekolah ini kepertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan di Melaka.

Kemalangan ngeri itu berlaku kira-kira  ( ketiga,  tiga )  kilometer dari sini.

( Para ,  Para-para ) pelajar diseru agar belajar dengan bersungguh-sungguh demi menjamin masa depan mereka.

Haziq memperoleh tempat  ( pertama,  satu )  dalam pertandingan bercerita di sekolahnya.

( Beberapa,  berapa )  orang pegawai polis sedang meronda di kawasan perumahan itu.

( Setiap,  Tiap )  hari dia akan menelefon ibu bapanya untuk mengetahui perkembangan mereka di kampung.

                                                       
B.    Dalam ayat-ayat berikut mungkian terdapat kesalahan dalam penggunaan kata bilangannya.Jika ada kesalahan, betulkan kesalahan-kesalahan  tersebut.
1



2


3



4



5



6



7



8





9




10

Berpuluh buah kereta rosak akibat banjir  yang melanda bandar itu.

……………………………………………………………………………………………………………….

Dia masih menunggu kepulangan suaminya yang hilang di laut berbulan yang lalu.

……………………………………………………………………………………………………………….

Bagi setengah orang yang berpelajaran tinggi, mereka tidak suka bekerja sebagai petani.

……………………………………………………………………………………………………………….

Masa yang diperuntuk bagi soalan itu hanyalah dua setengah jam sahaja.

………………………………………………………………………………………………………………..

Perbagai perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat tahunan tersebut.

………………………………………………………………………………………………………………..

Tiap hari dia akan bersarapan bersama dengan keluarganya sebelum ke sekolah.

……………………………………………………………………………………………………………….

Dia amat sayang akan kedua orang anak lelakinya.

………………………………………………………………………………………………………………

Berbulan lamanya dia menunggu kepulangan anaknya daripada perantauan namun hingga kini anaknya masih belum pulang.

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

Terdapat setengah pelajar yang gemar bergentayangan di pusat beli-belah.

………………………………………………………………………………………………………………


Para-para guru diseru agar meningkatkan pengetahuan mereka ke arah melahirkan masyarakat yang berpendidikan tinggi.

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………


LATIHAN PENGUKUHAN
A    Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau C, jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.




1




2



3



4



5




6



7



8



Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.
                                

                                                                                   
Kedua orang anaknya mendapat tempat kedua dalam kedua-dua pertandingan itu. Tiada
    A                                                         B                     C                                     D
kesalahan.


Ribuan orang penonton dijangka membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil untuk mendengar amanat
    A                                                                                                                                    B
Perdana Menteri pada pertama perhimpunan itu. Tiada kesalahan.
                                      C                                         D

Pelbagai jenis kereta dari pelbagai negera luar dipamerkan dalam pameran kereta selama dua
       A                                        B                                        C
minggu di PWTC. Tiada kesalahan.
                                   D

Dia mengambil masa dua jam setengah untuk menulis surat kepada beberapa kawannya di luar
                                          A                                                                        B
negara. Tiada kesalahan.
    C              D

Setiap orang pelajar dikehendaki menyiapkan dua buah esei dalam masa tiga jam setengah. Tiada
       A                                                                     B                                       C
kesalahan.
       D

Para peserta dikehendaki menjelaskan yuran sebanyak pertama ringgit  pada minggu kedua
       A                                                                                 B                                C
persekolahan. Tiada kesalahan.
                               D

Sepertiga daripada hutangnya telah dijelaskan kepada setiap pihak yang memberi hutang
       A                                                   B                          C
kepadanya. Tiada kesalahan.
                              D

Pelbagai projek pembangunan yang dilaksanakan mendapat sokongan daripada hampir
         A                        
seluruh orang penduduk di daerah yang kedua termaju di negeri itu. Tiada kesalahan.
         B                                                         C                                       D

9



10
Beberapa pelajar yang didapati mengalami keracunan makanan dibenarkan pulang ke rumah
          A              
masing-masing selepas menerima rawatan selama setengah hari. Tiada kesalahan.
           B                                                                             C                       D

Walaupun sudah sekian lama di rantau orang, akhirnya kelima-lima orang pemuda itu balik
                                      A                                                         B
pangkuan keluarga masing-masing. Tiada kesalahan.
                                           C                       D


B.   Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, dan C jika ayat itu mengandugi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
1







3







5








A
B
C
D





A
B
C
D



A
B
C
D

Sejak tadi saya sudah menunggunya selama suku jam di bawah pokok.

selama jam suku
lama suku jam
selamanya suku jam
selama suku jam

                       
Ratusan orang penonton sedang berarak di jalan raya untuk menyambut ulang tahun keputeraan sultan mereka.

Beratus-ratus penonton
Ratusan penonton
Beratus-ratusan penonton
Ratusan orang penonton

                     
Pada jam satu setengah kami pun sampai di tempat perkhemahan itu.
 
satu jam setengah
jam setengah setengah
satu setengah jam
jam satu setengah

2







4








6








8




A
B
C
D




A
B
C
D




A
B
C
D

Para peniaga haruslah bersabar ketika melayan setiap pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke kedai mereka.

tiap pelanggan
setiap para pelanggan
setiap pelanggan
setiap pelanggan-pelanggan

Berapa orang pegawai sedang menyiasat penyelewengan yang berlaku di syaraikat itu.

Beberapa pegawai
Beberapa orang pegawai
Berapa orang pegawai-pegawai
Berapa orang pegawai


Seluruh orang penduduk-penduduk kampung dipindahkan akibat banjir.

Seluruh orang penduduk
Seluruh penduduk-penduduk
Seluruh penduduk
Seluruh orang penduduk-penduduk


Tiap-tiap orang pelajar-pelajar mesti menghormati akan guru dan sekolah mereka.

Setiap orang pelajar
Tiap-tiap pelajar
Tiap-tiap orang pelajar
Tiap-tiap orang pelajar-pelajar
7.











9



A
B
C
D








A
B
C
D
Sudah berpuluh tahun kampung ini dibuka oleh penghulu itu.

Berpuluh tahun sudah
Sudah berpuluh-puluh tahun
Sudah berpuluhan tahun
Sudah berpuluh tahun





Kedua orang budak itu dipilih  sebagai pelajar terbaik di sekolah ini.

Kedua budak itu
Kedua-dua orang budak itu
Kedua-dua orang budak-budak itu
Kedua orang budak itu

10




A
B
C
D


Semua rakyat diseru agar mengamalkan budaya berjimat cermat.


Semua orang rakyat diseru
Semua rakyat-rakyat diseru
Rakyat diseru
Semua rakyat diseru












C.     Pilih ayat-ayat yang betul
1












3













5

I

II

III

IV

A
B
C
D


I

II

III

IV


A
B
C
D


I

II

III

IV
Pelbagai projek pembangunan akan dilaksanakan oleh kerajaan kita.
Bahasa Melayu sudah digunakan secara meluas sejak berabad yang lalu.
Harga baju itu hanyalah tiga ringgit setengah.
Sesetengah daripada gajinya dilaburkan dalam skim amanah saham.

I dan II sahaja
I dan III sahaja
I, III, dan IV sahaja
II, III, dan IV sahaja


Mereka yang melanggar peraturan sekolah akan dikenakan tindakan tegas.
Kedua-dua pelajar itu tidak mematuhi peraturan sekolah.
Segala hasil pertanian penduduk kampung dipasarkan oleh FAMA.
Setiap orang pelajar dikehendaki mematuhi peraturan sekolah.

I dan III sahaja
I dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja



Polis telah menangkap segala penduduk di kawasan itu.
Pak sangat sayang akan kedua-dua cucunya.
Kejadian banjir semalam telah menenggelamkan seluruh kampung itu.
Beberapa orang calon telah gagal dalam ujian itu.

2












4
I

II

III

IV

 
A
B
C
D


I


II

III

IV


A
B
C
D
Masa yang diperuntukan bagi menjawab soalan itu ialah tengah jam.
Kelima orang anaknya sudah bekerja di Kuala Lumpur.
Semua kanak-kanak cacat itu diraikan di sebuah hotel terkemuka.
Kebanyakan peserta pertandingan itu masih muda remaja.

III sahaja
IV sahaja
I dan II sahaja
III dan IV sahaja


Walaupun sudah bertahun-tahun diperantauan, namun dia masih fasih berbahasa Melayu.
Berapa orang pelajar dikejarkan ke hospital kerana disyaki keracunan manakan.
Mak Timah menggunakan dua biji setengah  kelapa untuk memasak gulai itu.
Kerajaan membelanjakan ratusan juta ringgit untuk memajukan pendidikan di negara ini.

I dan III sahaja
II dan IV sahaja
I, III dan IV sahaja
I, II, III dan IV


 I   dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II, dan IV sahaja
II, III, dan IV sahaja
JUMLAH JAWAPAN
DIJAWAB BETUL                               45

1 ulasan: